BANTUANFasa 4MySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Semakan Status Bayaran Fasa Akhir Kini Boleh Dilakukan

MySTR : Semakan Status Bayaran fasa akhir kini boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia bermula 7 November 2023. Untuk sedia maklum, pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini sudah memasuki fasa keempat (Terakhir) bagi sesi tahun ini.

MYSTR : SEMAKAN STATUS BAYARAN

Yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kini telah tiba iaitu pemberian bayaran fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah sudah mula disalurkan. Pembayaran dilakukan secara berperingkat mengikut bank-bank yang ada.

Pengagihan bayaran bantuan tunai STR telahpun mula diberikan secara pengkreditan ke dalam akaun bank setiap penerima. Bagi mereka yang tiada kad bank, tuntutan di kaunter Bank Simpanan Nasional boleh dilakukan dengan pengesahan melalui kad pengenalan.

SEMAKAN KADAR BAYARAN MYSTR FASA AKHIR

Seperti sedia maklum, bayaran fasa keempat STR kini sedang disalurkan mengikut kategori penerima yang layak. Kadar pembayaran kali ini adalah dari RM200 sehingga RM1,200 dan jumlah ditentukan mengikut kategori serta bilangan tanggungan anak.

Kepada yang terlibat menerima bayaran fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah, dibawah disediakan kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori.

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 (B40)

  • Tiada anak : Menerima RM200
  • Mempunyai 1-2 anak : Menerima RM600
  • Mempunyai 3-4 anak : Menerima RM900
  • Mempunyai 5 anak : Menerima RM1,200

ISI RUMAH PENDAPATAN RM5,000 (M40)

  • Tiada anak : Menerima RM0
  • Mempunyai 1-2 anak : Menerima RM0
  • Mempunyai 3-4 anak : Menerima RM300
  • Mempunyai 5 anak : Menerima RM500

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas (60 tahun) : Menerima RM200
  • Bujang (21 – 59 tahun) : Menerima RM0

Info tambahan : Kepada penerima STR yang berada dalam kumpulan miskin tegar dan tersenarai dalam data ekasih. Mereka akan menerima pemberian insentif SARA berjumlah RM1,200 tahun hadapan.

KEMASKINI & SEMAK STATUS BAYARAN MYSTR

Pada bulan ini rakyat Malaysia boleh membuat semakan status bayaran fasa 4 dan kemaskini permohonan baru STR 2024. Untuk semakan dan kemaskini, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button