BakulBANTUANSTR Tambahan

Bantuan Bakul Makanan STR Bernilai RM600

Bantuan bakul makanan STR tambahan bernilai RM600 ditawarkan kepada keluarga yang memerlukan yang terdiri daripada kategori isi rumah. Untuk sedia maklum, menerusi sidang Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan inisiatif tambahan kepada penerima STR sedia ada.

BANTUAN BAKUL MAKANAN STR

Untuk makluman, pemberian bantuan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Kategori yang terbabit adalah isi rumah pendapatan dibawah garis kemiskinan, semakan boleh dibuat melalui portal e-kasih.

Kadar yang diberikan adalah bernilai RM600 yang akan dibekalkan selama 6 bulan sehingga selesai. Ini bermakna kepada penerima yang layak akan mendapat jumlah keseluruhan bayaran STR sebanyak RM3,100 tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Untuk kelayakan penerima bantuan bakul makanan STR tambahan bernilai RM600 ini adalah merupakan kategori isi rumah. Mereka yang tersenarai di bawah kategori keluarga miskin tegar dalam rekod data e-kasih (ICU JPM).

Ramai yang baru mengetahui mereka layak selepas membuat semakan, kepada mereka yang merupakan keluarga yang kurang berkemampuan boleh membuat semakan untuk data e-kasih sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.

SEMAKAN KELAYAKAN STR TAMBAHAN

Untuk mengetahui sama ada anda tersenarai layak atau tidak mendapatkan bantuan bakul makanan ini dalam data e-kasih, semakan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan seperti berikut :

  • Sila layari laman rasmi e-kasih – DI SINI
  • Kemudian masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan (tanpa -)
  • Tekan butang “Carian”

Kepada mereka yang tersenarai dalam data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti berikut :

  • Nama
  • Status Daftar
  • KIR / AIR
  • Nama KIR (Ketua isi rumah)
  • Negeri dan Daerah

Nota : Sekiranya nama anda tersenarai dalam data e-kasih, secara automatik anda layak mendapatkan insentif STR tambahan dalam bentuk bakul makanan bernilai RM600.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan tambahan ini, terdapat lebih banyai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan pada tahun ini. Bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button