BANTUANSTR

Cara Tuntut Bantuan STR Fasa 1 Secara Tunai

Cara tuntut bantuan STR fasa 1 secara tunai telah disediakan bagi penerima yang tidak mempunyai kad bank. Seperti sedia maklum, kaedah bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terdapat 2 jenis.

Pemberian dijalankan secara kredit terus ke akaun penerima dan tuntut bayaran secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Bagi tiada kad bank, anda boleh mula tebus bantuan STR fasa 1 ini bermula pada 17 Januari 2023.

PEMBERIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penjenamaan semula dari batuan tunai rakyat kepada Sumbangan tunai rahmah. Pada kenyataan beliau juga memberitahu pembayaran ini akan diberikan secara berperingkat bermula 17 Januari ini.

Untuk makluman umum, bayaran STR ini bukan hanya sekali sahaja. Pembayaran akan diberikan secara berfasa seperti bantuan keluarga Malaysia (BKM) tahun lalu. Berbeza dengan bantuan kewangan tahun ini, bayaran telah dipercepatkan daripada bulan Mac kepada bulan Januari.

Perkara ini disebabkan atas dasar prihatin kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan terutama yang terjejas banjir di kawasan yang terlibat.

SENARAI PENERIMA STR FASA 1

Pembayaran STR fasa 1 akan melibatkan 3 kategori kelayakan dengan kadar jumlah bantuan yang berbeza seperti berikut :

  • Kumpulan bujang : Menerima bayaran fasa 1 sebanyak RM100
  • Kumpulan warga emas bujang : Menerima bayaran fasa 1 sebanyak RM100
  • Kumpulan isi rumah (keluarga) : Menerima bayaran fasa 1 sebanyak RM300.

CARA TUNTUT BANTUAN STR

Bagi penerima yang tidak mempunyai kad bank, bermula 17 Januari anda sudah boleh pergi ke cawangan BSN berdekatan untuk tebus bayaran secara tunai. Anda hanya perlu sediakan kad pengenalan dan pengesahan cap jari sahaja untuk semakan data dan bayaran akan diberikan secara tunai.

Bagi penerima mempunyai kad bank pula, anda hanya perlu semak status bayaran dan menunggu bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun anda. Diharapkan penerima bantuan bersabar kerana pemberian diberikan secara berperingkat, anda yang dapat dahulu dan akan ada yang lewat terima.

SEMAKAN STATUS DAN KEMASKINI MAKLUMAT ASAS

Untuk semakan status pembayaran, anda boleh lakukan secara online sama seperti myBKM tahun lalu. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI dan anda perlu ikuti arahan yang disediakan untuk tujuan semakan status atau kemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk anda yang terlepas pandang, pada tahun 2023 pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan seperti STR, BAP, BKK, ePemula dan lain-lain. Anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button