BANTUANLesen Memandu

Program Bantuan Lesen Memandu B2 Untuk Keluarga Malaysia

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis kemudahan, program dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan terutama bantuan berbentuk kewangan bagi membantu meringankan pembelanjaan Keluarga Malaysia yang memerlukan pada tahun ini.

Salah satu Program bantuan yang telah diumumkan pada tahun ini adalah Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BLKM 2022. Di halaman ini telah disediakan butiran lengkap berkenaan BLKM.

Bantuan Lesen Keluarga Malaysia 2022

Untuk makluman, melalui pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dengan hasil kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah memperkenalkan satu program bantuan berbentuk lesen memandu BLKM.

Program bantuan lesen memandu ini diwujudkan adalah bagi membantu Keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah dan B40  bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 pada tahun 2022.

Program ini merupakan satu skim tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT menerusi pihak JPJ yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Kadar Bantuan BLKM

Melalui program BLKM ini, kepada penerima yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 sahaja untuk setiap orang yang menghadiri kursus latihan yang singkat.

Untuk pengetahuan, bayaran yang dikenakan adalah jauh lebih murah berbanding kos bayaran sebenar yang perlu dibayar oleh individu biasa yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2 iaitu dengan jumlah bayaran sebanyak RM 750 untuk setiap orang.

Cara Permohonan BLKM

Untuk sedia maklum, sehingga kini masih belum ada lagi kenyataan rasmi diumumkan berkenaan cara permohonan program bantuan BLKM ini. Kalian tidak perlu risau, sebarang maklumat terkini berkenaan BLKM ini pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Setakat ini, pemilihan calon yang layak menerima bantuan BLKM ini terdiri daripada senarai penerima bantuan eKasih.

Sekiranya anda ingin mengetahui butiran lebih terperinci berkenaan program Bantuan ini, anda boleh rujuk pada perkara seperti di bawah :

  • Laman Rasmi – Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)
  • Emel – [email protected]
  • Nombor Telefon – 03 8000 8000
  • Media Sosial Facebook – Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)

Maklumat Lanjut

Sementara menunggu kemaskini berkenaan BLKM ini, anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon. Sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button