BANTUANFasa 2STR

Bayaran Bantuan Tunai RM200 & RM100 Dikreditkan Bulan Depan

Bayaran bantuan tunai RM200 dan RM100 akan dikreditkan pada bulan depan, perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Untuk makluman, atas dasar keprihatinan kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada sidang Belanjawan 2023 bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan.

BAYARAN BANTUAN TUNAI 

Untuk sedia maklum, bayaran bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diberikan secara berperingkat dengan kadar jumlah bayaran berbeza mengikut kategori kelayakan.

Bayaran fasa 1 telah selesai dibayar pada tarikh 17 Januari 2023, kini pembayaran fasa seterusnya akan disalurkan secara berperingkat pada bulan depan. Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, pemberian bantuan tunai STR fasa 2 akan diberikan sebelum menjelang hari raya aidilfitri.

Secara tidak langsung dapat memberikan manfaat sedikit sebanyak bagi membuat persediaan hari raya puasa nanti. Dibawah disediakan jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut kategori penerima yang perlu anda ketahui.

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI

Berikut disediakan jumlah bantuan tunai yang akan diberikan mengikut kategori seperti dibawah :

KATEGORI (ISI RUMAH) PENDAPATAN RM2,500 DAN KEBAWAH

  • RM200 untuk bilangan anak (tiada)
  • RM200 untuk bilangan anak (1-2)
  • RM200 untuk bilangan anak (3-4)
  • RM200 untuk bilangan anak (5 ke atas)

(ISI RUMAH) PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000

  • RM200 bilangan anak (tiada)
  • RM200 bilangan anak (1-2)
  • RM200 bilangan anak (3-4)
  • RM200 bilangan anak (5 ke atas)

BUJANG (59 TAHUN KEBAWAH)

  • RM100

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM100

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, bayaran bantuan tunai STR fasa 2 telah diberitahu akan diberikan di antara awal bulan atau pertengahan bulan depan (April). Ini bermakna selewat-lewatnya bayaran akan dikreditkan sebelum 22 April 2023.

KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI

Suka dimaklumkan pengemaskinian maklumat peribadi STR dan pendaftaran permohonan baru masih dibuka. Kepada mereka yang masih belum membuat semakan kemaskini disarankan membuat sekarang sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2023. Untuk kemaskini maklumat, sila layari portal rasmi MySTR –¬†DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan tunai STR ini, terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang telah disedikan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button