BANTUANMySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Bayaran Fasa Akhir Dikreditkan Kepada B40 & M40

MySTR : Bayaran Fasa Akhir akan dikreditkan kepada kumpulan B40 & M40 secara berperingkat bermula bulan depan. Untuk sedia maklum, pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini sudah hampir ke penghujung fasa.

MYSTR : BAYARAN FASA AKHIR

Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini kerajaan telah melaksanakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Melalui program khas ini, kadar yang diberikan adalah sehingga RM2,500 dan jumlah bergantung mengikut kategori yang ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran STR bagi fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telahpun selesai dibayar kepada seluruh rakyat Malaysia. Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima telah dilakukan pada bulan Januari, April dan Jun lalu.

Kini hanya tinggal satu sahaja lagi bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini iaitu fasa akhir. Bagi fasa 4 akan melibatkan 2 kategori utama sahaja iaitu warga emas, isi rumah B40 dan M40.

Kadar bayaran bantuan yang akan disalurkan pada fasa akhir STR nanti adalah sehingga RM1,200. Amaun ditentukan mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak setiap penerima isi rumah.

KADAR BAYARAN FASA AKHIR MYSTR

Kerajaan telah memaklumkan jumlah bayaran yang akan diterima pada fasa akhir nanti mengikut kategori seperti berikut.

KATEGORI ISI RUMAH

Keluarga (B40) : Pendapatan RM2,500 ke bawah

  1. Tiada tanggungan anak : RM200
  2. Bilangan tanggungan anak (1-2) : RM600
  3. Bilangan tanggungan anak (3-4) : RM900
  4. Bilangan tanggungan anak (5 ke atas) : RM1,200

Keluarga (M40) : Pendapatan RM5,000 ke bawah

  1. Tiada tanggungan anak : RM0
  2. Bilangan tanggungan anak (1-2) : RM0
  3. Bilangan tanggungan anak (3-4) : RM300
  4. Bilangan tanggungan anak (5 ke atas) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS) & BUJANG (21-59 TAHUN)

  1. Warga emas : RM200
  2. Bujang : RM0

SEMAKAN STATUS MYSTR

Individu yang merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk semakan, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas pada tahun ini. Sila cek senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button