BANTUANFasa 2STRSumbanganTunaiRahmah

Bantuan Tunai STR 2024 : Semakan Jadual Bayaran Fasa-2

Bantuan Tunai STR 2024 : Semakan status dan jadual bayaran fasa-2 yang akan disalurkan pada bulan April nanti secara berperingkat kepada rakyat Malaysia. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2024.

BANTUAN TUNAI STR 2024

Seperti sedia maklum kerajaan perpaduan telah memperkenalkan program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun lalu. Atas keprihatinan, kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program khas ini bagi sesi tahun 2024.

Apa yang menarik adalah kadar jumlah keseluruhan dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100 (Amaun termasuk bantuan SARA). Setakat ini sekitar hampir 9 juta individu yang layak telah berdaftar sebagai penerima STR tahun kedua ini.

Pada tahun 2024, pengagihan bayaran bantuan akan dilaksanakan secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran. Kepada mereka yang bukan penerima masih belum terlambat untuk memohon kerana pendaftaran permohonan baharu masih dibuka.

BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA-2

Bagi pengetahuan umum, pembayaran STR fasa pertama telahpun selesai dikreditkan pada 29 Januari lalu kepada penerima. Bantuan tunai STR fasa kedua (2) akan mula disalurkan kepada rakyat pada bulan April 2024.

Dijangkakan tarikh pengagihan adalah sebelum hari raya aidilfitri agar rakyat Malaysia dapat manfaat bagi persiapan menyambut perayaan menjelang syawal. Kategori yang terlibat adalah bujang, warga emas dan isi rumah (berkeluarga).

JUMLAH BANTUAN STR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan telah menetapkan kadar jumlah bayaran bantuan STR tahun 2024 mengikut kategori kelayakan seperti di bawah.

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2500)

  • Tiada anak : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

KELUARGA/ ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5000)

  • Tiada anak : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Belia bujang (21 tahun – 59 tahun) : RM350
  • Warga emas tiada pasangan : RM600

Nota : Jumlah bayaran diatas akan dipecahkan kepada 4 fasa pembayaran.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kepada penerima bantuan tunai, semakan status bayaran boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Segala maklumat terkini berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button