BANTUANFasa 4STR

STR Fasa 4 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

STR fasa 4 adalah bayaran terakhir bagi pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2023 untuk rakyat Malaysia. Untuk makluman, bayaran STR fasa keempat (4) tidak semua kategori akan terlibat menerima inisiatif ini.

STR FASA 4

Bagi pengetahuan umum, inisiatif sumbangan tunai rahmah (STR) adalah merupakan sebuah bantuan berbentuk kewangan yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Pembayaran akan dijalankan secara berperingkat melalui 4 fasa keseluruhan.

Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima mengikut kategori pada fasa 4 nanti.

KADAR JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Di bawah telah disediakan jumlah bayaran STR yang akan diterima mengikut kategori pada fasa terakhir nanti seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,500 DAN KE BAWAH)

  • RM200 : Tiada tanggungan anak
  • RM600 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM900 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM1200 : Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih)

ISI RUMAH (PENDAPATAN BULANAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada bayaran : Tiada tanggungan anak
  • Tiada bayaran : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM300 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM500 : Mempunyai bilangan anak (5 dan lebih)

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM200

BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • Tiada bayaran.

Nota : Untuk pembayaran Sumbangan tunai rahmah (STR) fasa terakhir hanya akan membabitkan kategori isi rumah dan warga emas sahaja. Untuk kategori bujang pembayaran hanya diberikan sehingga fasa ketiga pada bulan Julai 2023.

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Untuk makluman, pembayaran STR fasa akhir ini akan diagihkan pada bulan November 2023 dan tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pembayaran fasa 1 telah selesai diberikan pada 17 Januari, fasa 2 sedang diberikan bermula 5 April, fasa 3 pada Julai dan fasa 4 pada November.

SEMAKAN STATUS STR

Kepada penerima sedia ada, anda boleh semak status maklumat anda secara online. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai untuk membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan sasar. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button