BANTUANBKK

Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Dikreditkan Bulan Ini

Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) bagi fasa kedua akan dikreditkan ke dalam akaun bermula 28 Disember 2023 secara berperingkat. Untuk makluman, ini merupakan sebuah insentif bantuan tambahan yang diberikan secara one-off.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK)

Untuk pengetahuan umum, pihak kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan tunai. Sumbangan tunai sebulan gaji atau minimum RM1,000 akan diberikan pada penghujung bulan ini.

Perlaksanaan program bantuan khas kewangan ini merupakan sebahagian daripada insentif keseluruhan sebanyak 2 bulan setengah gaji kepada kakitangan awam. Sebelum ini bayaran BKK fasa pertama telahpun dibayar sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 pada bulan Mei lalu.

BANTUAN KHAS KEWANGAN (FASA 2)

Pada sidang pembentangan Belanjawan 2024, Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Amiruddin Shari telah mengumumkan tarikh bayaran bantuan insentif BKK fasa 2. Pemberian insentif tambahan ini akan mula diberikan pada 28 Disember ini.

Untuk makluman, pembayaran insentif BKK ini termasuk kepada anggota perkhidmatan sektor kerajaan negeri yang gaji dibayar oleh kerajaan persekutuan. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat membantu meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan.

TARIKH BAYARAN & SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS

Tarikh bayaran bantuan khas kewangan fasa 2 sebanyak minimum RM1,000 ini akan disalurkan berperingkat bermula 28 Disember 2023. Senarai penerima yang layak dapat manfaat daripada insentif khas ini adalah kakitangan awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran negeri Selangor.

BANTUAN KEWANGAN BULANAN (INISIATIF KHAS)

Untuk maklumat tambahan, kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan berada dalam golongan memerlukan. Tahukah anda, terdapat skim bantuan kebajikan yang diseliakan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelbagai jenis inisaitif bantuan telah ditawarkan oleh pihak JKM bagi membantu rakyat yang terkesan dengan kewangan. Kadar bantuan daripada RM200 sehingga RM1,000 sebulan disediakan dalam skim bantuan kebajikan.

Jika anda memerlukan, boleh semak kelayakan dan kemukakan permohonan mengikut kategori jenis bantuan yang ada. Untuk panduan lengkap, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta insentif bantuan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button