BANTUANBINGKASeWallet

Syarat Kelayakan Bantuan EWallet RM300 Sebulan

Syarat kelayakan bantuan ewallet bernilai RM300 sebulan telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan bagi sesi tahun 2023. Untuk sedia maklum, terdapat sebuah inisiatif berbentuk bantuan ditawarkan kepada isi rumah yang memerlukan pada kadar RM300 sebulan.

BANTUAN EWALLET BINGKAS

Pihak kerajaan negeri telah menawarkan sebuah program bantuan kehidupan sejahtera bagi membantu meringankan beban keluarga yang terjejas. Program bantuan BINGKAS ini telah diperkenalkan pada tahun 2021 dan masih diteruskan pada tahun ini.

Program BINGKAS ini antara inisiatif yang terkadung dalam iltizam Selangor penyayang bagi menggantikan insenitf peduli rakyat bagi membantu kebajikan lebih ramai orang.

Perlaksanaan bantuan ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas secara membantu ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas rumah. Seperti barang dapur dan peralatan pendidikan anak agar kualiti hidup warga terus makmur.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET BINGKAS

Berikut telah dikongsikan beberapa syarat kelayakan bantuan ewallet BINGKAS yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan rakyat negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi sepuluh (10) tahun
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bulanan dibawah RM3,000
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Untuk sedia maklum, permohonan boleh dilakukan secara online oleh mereka yang berkelayakan. Sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Nota : Permohonan bantuan khas BINGKAS berjumlah RM300 ini dibuka sepanjang tahun ini kepada warga negeri Selangor. Kepada anda yang berkelayakan disarankan memohon agar dapat menerima insentif bantuan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BINGKAS Selangor ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri lain turut menyediakan pelbagai jenis bantuan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button