BANTUANRMRRUMAH

Rumah Mesra Rakyat (RMR) : Panduan Daftar Permohonan

Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah merupakan sebuah inisiatif program perumahan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada kadar harga mampu milik. Kepada mereka yang belum mempunyai rumah sendiri berpeluang untuk menyertai program khas ini.

PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Untuk makluman, Syarikat Perumahan Negara Berhad atau dikenali sebagai SPNB adalah merupakan sebuah syarikat milik menteri kewangan diperbadankan MOF. Skim rumah mesra rakyat (RMR) ini kini ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

Tujuan utama perlaksanaan program RMR ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah bagi memiliki rumah sendiri. Mereka yang menepati kelayakan boleh dapatkan rumah dengan harga yang berpatutan seperti yang ditawarkan.

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Di bawah adalah senarai syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi permohonan RMR tahun ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah tidak boleh melebihi RM5,000 (M40)
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas semasa permohonan dikemukakan
  • Individu dan pasangan masih belum memiliki rumah sendiri atau menetap di kediaman usang (tidak sempurna)
  • Tanah (tapak) perlu bersesuaian serta bebas dari sebarang gadaian

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT

Untuk makluman, harga bagi setiap unit adalah berbeza berdasarkan keluasan rumah yang disediakan. Namun konsep binaannya adalah lebih kurang sama iaitu 3 bilik tidur, 2 bilik air dan berikut adalah harga unit rumah mengikut kawasan.

SEMENANJUNG (KELUASAN RUMAH 750 KPS

  1. Harga rumah – RM75,000
  2. Jumlah pinjaman – RM55,000
  3. Subsidi pembinaan – RM20,000
  4. Kadar anggaran bayaran bulanan (RM300 untuk 16 tahun)

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN RMR

Kepada mereka yang belum mempunyai rumah, anda boleh mencuba daftar permohonan program khas rumah mesra rakyat ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi RMR SPNB – DI SINI

Bagi memudahkan proses semakan permohonan, pemohon perlu sertakan dokumen penting berkaitan yang diperlukan. Kepada yang berkelayakan disarankan memohon agar dapat manfaat dari skim program RMR ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button