BANTUANKasih SuriKWSP

Bantuan Kewangan Kasih Suri RM480 Setahun

Bantuan kewangan kasih suri sebanyak RM480 setahun dibuka bagi para wanita yang merupakan warganegara Malaysia sahaja. Untuk sedia maklum, kumpulan wanita yang merupakan para ibu atau suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum dan menerima insentif khas melalui program kasih suri KWSP.

INSENTIF KHAS UNTUK SURI RUMAH

Program bantuan kewangan kasih suri ini disediakan pada tahun ini. Perkara ini bagi tujuan memastikan kesejahteraan golongan wanita dan secara langsung mengiktiraf sumbangan mereka untuk keluarga serta pembangunan negara pada tahun 2023.

SYARAT KELAYAKAN 

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi pendaftaran kasih suri KWSP seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Merupakan isteri kepada ketua isi rumah
  • Umur belum mencapai 60 tahun (pada tahun ini)
  • Membuat caruman sekurang-kuranya RM5 sebulan bersamaan RM60 setahun di dalam akaun KWSP
  • Merupakan golongan suri rumah yang telah berdaftar dalam pengkalan data kemiskinan nasional (eKasih) bagi setakat 30 November 2019.

KADAR INSENTIF KASIH SURI KWSP

Berikut adalah kadar insentif yang boleh didapatkan dalam kemudahan kasih suri KWSP seperti dibawah :

  • Menerima insentif secara tahunan sebanyak sehingga maksimum RM480
  • Automatik layak menerima bantuan kematian RM2,500
  • Layak menerima dividen tahunan KWSP.

Untuk sedia maklum, menerusi kasih suri KWSP ini para suri rumah atau suami boleh membuat caruman. Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan untuk memilih satu insentif sahaja. Jika anda telah daftar insentif i-saraan, perlu untuk membatalkannya sebelum membuat permohonan baru kasih suri KWSP.

PANDUAN DAFTAR KASIH SURI KWSP

Jika anda merupakan golongan isteri (suri rumah), pendaftaran kasih suri KWSP boleh dibuat. Sila layari portal rasmi Kasih Suri Keluarga Malaysia – DI SINI untuk panduan lengkap.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan kewangan kasih suri ini, terdapat pelbagi inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023 untuk rakyat Malaysia terutama golongan yang memerlukan.

Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button