Akaun 3KWSPPengeluaran KWSP

Pengeluaran Akaun 3 KWSP Untuk Kecemasan : Butiran Maklumat

Pengeluaran Akaun 3 KWSP untuk tujuan kecemasan atau ‘akaun fleksibel’ bakal dilaksanakan pada bulan April 2024. Untuk makluman umum, KWSP secara rasmi mempunyai platform simpanan akaun 1 dan 2, satu lagi akaun bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

PENGELUARAN AKAUN 3 KWSP

PPihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum ini telah mengumumkan butiran maklumat berkenaan pengenalan akaun ketiga. Akaun 3 ini diwujudkan adalah berfungsi sebagai ‘akaun fleksibel’ untuk memberi manfaat kepada para pencarum.

Kemudahan Akaun 3 ini untuk memberikan fleksibiliti kepada ahli dalam situasi kecemasan, memungkinkan pengeluaran pada kadar peratusan yang ditetapkan. Pihak KWSP masing sedang melakukan kajian untuk menilai kaedah pengurusan akaun yang paling berkesan.

Hal ini adalah bertujuan untuk meminimumkan impak terhadap pendapatan pencarum KWSP. Dengan adanya inisiatif khas ini diharapkan dapat memberi keseimbangan antara keamanan kewangan dan dana dalam keadaan yang tidak dapat dijangkakan.

FUNGSI AKAUN 3 KWSP

Pihak KWSP sedang mempertimbangkan pelancaran akaun 3 yang berfungsi sebagai inisiatif baharu membenarkan pengeluaran simpanan pada bila-bila masa waktu kecemasan. Ketua Pegawai strategi KWSP iaitu Nurhisham Hussien maklumkan akaun ini akan beroperasi seperti akaun simpanan biasa.

Akaun 3 lebih memberi kebebasan kepada ahli untuk mengakses simpanan mereka mengikut keperluan kewangan. Setiap ahli perlu menekankan disiplin simpanan kewangan bagi mengelakkan pengeluaran secara berlebihan.

Disebabkan itu, KWSP wajib memastikan dana yang mencukupi sebelum melaksanakan kemudahan akaun 3 demi menjaga kestabilan simpanan dan kepentingan bagi jangka panjang.

TARIKH PERLAKSANAAN AKAUN 3 KWSP

Berkenaan tarikh perlaksanaan, pihak KWSP sebelum ini telah memberitahu bahawa akaun 3 ini bakal diperkenalkan pada bulan April ini. Kajian terperinci mengenai cadangan ini masih sedang dilakukan bagi memastikan semua aspek telah diteliti supaya perlaksanaan lancar dan efisien.

Segala maklumat terkini berkenaan Akaun fleksibel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum. Untuk ketahui butiran maklumat lebih lanjut berkenaan kemudahan pengeluaran yang ada, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button