i-SuriKWSP

Dapatkan Insentif Tahunan RM 480 Melalui Program I-Suri KWSP

Pada tahun ini, bantuan atau insentif berbentuk kewangan sangat penting kepada sesetengah individu atau keluarga kerana dengan adanya bantuan berbentuk kewangan dapat meringankan pembelanjaan kos sara hidup pada tahun ini serta mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Untuk sedia maklum, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan khususnya berbentuk kewangan dari pihak Kerajaan kepada rakyat yang memerlukan. Pelbagai pakej insentif kewangan telah diperkenalkan oleh pihak yayasan dan Kerajaan pada tahun sebelum ini. Bagi makluman ada, terdapat pakej insentif bantuan yang baru diperkenalkan tahun ini dan terdapat juga pakej insentif bantuan yang sudah lama dilaksanakan dan masih diteruskan pada tahun 2022.

Salah satu jenis bantuan yang telah diperkenalkan dan khas kepada golongan suri rumah iaitu Bantuan Khas Bagi Golongan Suri Rumah B40. Ramai yang terlepas pandang berkenaan insentif bantuan Suri Rumah ini, di bawah telah disediakan maklumat berkenaan bantuan melalui i-Suri yang perlu anda tahu jika berkelayakan untuk menerima.

Skim i-Suri KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP telah memperkenalkan satu skim dan dikenali sebagai i-Suri. Tujuan utama Skim i-Suri diperkenalkan adalah bagi membantu golongan suri rumah yang memerlukan. Program i-Suri ini ialah skim yang diperkenalkan bagi memastikan kesejahteraan kepada golongan suri rumah dan turut secara langsung mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan ekonomi negara pada masa kini.

Kadar i-Suri KWSP
  • Akan menerima insentif sumbangan Kerajaan sebanyak RM 480 setahun
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Menerima bantuan kematian sebanyak RM 2,500
  • Boleh membuat caruman dalam apa-apa jumlah amaun dan pada bila-bila waktu mengikut kemampuan dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Syarat Kelayakan i-Suri KWSP

Di bawah disediakan senarai syarat kelayakan yang perlu anda tahu sebagai rujukan :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Merupakan isteri kepada Ketua Isi Rumah
  • Menepati had umur – 60 tahun dan ke bawah
  • Golongan / Individu Suri Rumah yang telah berdaftar dalam pengkalan data kemiskinan nasional (eKasih)
  • Mencarum sekurang kurangnya RM 5 sebulan atau bersamaan RM 60 setahun di dalam akaun KWSP.
Kaedah Mencarum Melalui I-Suri KWSP

Caruman melalui i-Suri boleh dibuat melalui beberapa kaedah seperti berikut :

  • Melalui Ejen Bank
  • Melalui Perbankan Internet (Digital)
  • Melalui Ejen Bank yang berdaftar
  • Melalui Kaunter KWSP.
Cara Permohonan

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan dan berminat anda boleh mendaftar di mana-mana cawangan kaunter atau kios KWSP dengan membawa Kad Pengenalan anda dan dokumen yang diperlukan.

Nota tambahan: jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Skim i-Suri ini, anda boleh layari portal rasmi KWSP atau terus menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian khas 03 8922 6000.

Maklumat Lanjut

Bagi makluman kepada yang terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilaksaankan oleh pihak kerajaan khusunya berbentuk kewangan. Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – SEMAK SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button