FSA2KWSPPengeluaran Khas

KWSP : Pengeluaran Khas FSA2 Serendah RM3000 Dibenarkan

KWSP : Pengeluaran Khas FSA2 serendah minimum RM3000 kini dibenarkan dan masih dibuka permohonan kepada ahli yang memerlukan. Untuk pengetahuan umum, kemudahan ini merupakan salah satu inisiatif yang disediakan bagi memberi manfaat kepada rakyat pada tahun 2024.

KWSP : PENGELUARAN KHAS MELALUI FSA2

Kepada yang terlepas pandang, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah skim kemudahan pengeluaran khas bersyarat FSA2. Pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini telahpun dilancarkan bermula April tahun lalu.

Apa yang menarik adalah pengeluaran khas bersyarat ini akan dilaksanakan secara 2 fasa dimana melibatkan jumlah pengeluaran dan syarat kelayakan yang berbeza. Buat masa ini permohonan pengeluaran FSA2 bagi fasa 1 telah dibuka kepada mereka yang berkelayakan.

Dengan adanya skim pengeluaran khas FSA2 ini, ahli boleh membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat 50 tahun atau 55 tahun. Dengan adanya inisiatif ini dapat membantu para pencarum KWSP bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang terlibat.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN

Bagi makluman umum, kadar pengeluaran pembiayaan peribadi melalui FSA2 KWSP fasa pertama (1) telahpun ditetapkan serendah RM3000. Manakala maksimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50000 secara sekaligus.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Permohonan pengeluaran khas FSA2 KWSP (Fasa 1) ini dibuka kepada seluruh ahli yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Menepati terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank
  • Mempunyai minimum simpanan dalam akaun 2 serendah RM3000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum sebanyak RM50000 (One-off).

Nota : Bagi pengeluaran fasa 1 FSA2, terdapat tiga institusi perbankan yang terlibat iaitu MBSB Bank, Bank Simpanan Nasional dan CIMB Bank.

PANDUAN KEMUKAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan pengeluaran khas bersyarat fasa 1 ini boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (Fasa 1)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button