5 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan
5 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan sebelum mencapai umur 55 tahun yang boleh dilakukan oleh pencarum / ahli KWSP pada tahun ini. Untuk makluman, pihak Kumpulan Simpanan Wang Pekerja telah menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran wang yang boleh dibuat oleh ahli.
5 JENIS PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN
Terdapat pelbagai inisiatif yang telah disediakan pada tahun ini untuk tujuan membantu rakyat yang memerlukan. Salah satu yang tersedia adalah kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh KWSP.
Walaupun sedia maklum tiada pengeluaran khas KWSP yang diluluskan buat masa ini. Namun pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran wang simpanan sebelum berumur 55 tahun. Dibawah telah disediakan 5 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada pada tahun ini.
MEMBINA RUMAH
Kepada ahli KWSP yang berhasrat untuk membina rumah, pengeluaran wang KWSP akaun 2 dibenarkan dengan syarat rumah tersebut dibina dengan pembelian tapak tanah atau diatas tanah yang dimiliki.
MEMBELI RUMAH
Bagi pencarum / ahli yang ingin membeli rumah, permohonan pengeluaran dari akaun 2 boleh dilakukan dengan cara kemukakan borang permohonan ke pihak KWSP.
Jenis rumah yang hendah dibeli itu adalah berstatus rumah kediaman yang merangkumi jenis teres, banglo, apartmen, berkembar, kondominium atau rumah kedai dengan unit kediaman di seluruh Malaysia.
MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Untuk ahli KWSP yang berstatus agama islam, kemudahan pengeluaran KWSP untuk tujuan ibadah haji dibenarkan melalui akaun 2. Pengeluaran boleh digunakan untuk pembelanjaan dan tambahan simpanan di Lembaga tabung haji (LTH).
RAWATAN KESIHATAN
Kemudahan pengeluaran KWSP untuk tujuan rawatan kesihatan juga dibenarkan. Kepada ahli yang menghadapi masalah kesihatan boleh membuat pengeluaran melalui akaun 2.
Pengeluaran dibenarkan untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal atau kos barang bantuan kesihatan yang diluluskan.
MEMBAYAR ANSURAN PINJAMAN RUMAH
Kepada ahli yang ingin membayaran ansuran pinjaman rumah, kemudahan pengeluaran dari akaun 2 turut dibenarkan. Dengan adanya kemudahan ini dapat membantu ahli meringankan beban membayar ansuran bulanan rumah sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan.
Nota : Bagi ahli yang ingin membuat pengeluaran wang KWSP untuk tujuan seperti diatas, sila layari laman rasmi e-PENGELUARAN KWSP untuk semak terma syarat dan panduan permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada 5 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan ini, terdapat pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini khususnya berbentuk bantuan tunai. Jika terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.