BANTUANKWSP

Bantuan Kewangan KWSP RM500 Dalam Akaun 1

Bantuan kewangan KWSP berjumlah RM500 dimasukan ke dalam simpanan akaun 1 untuk pencarum yang mempunyai baki dibawah RM10,000. Untuk sedia maklum, pada 24 Februari pihak kerajaan telah mengadakan sidang pembentangan Belanjawan 2023 dengan tema Malaysia MADANI.

BANTUAN RM500 UNTUK PENCARUM KWSP

Terdapat pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan dan lebih memfokuskan bantuan untuk rakyat yang terdiri daripada golongan b40 dan miskin tegar. Salah satu insentif yang disebut oleh Perdana Menteri adalah bantuan kewangan KWSP sebanyak RM500 untuk akuan 1.

Peruntukan khas ini akan membabitkan hampir RM1 bilion yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta ahli KWSP. Perkara ini telah diumumkan pada sidang Belanjawan tahun ini.

Insentif tambahan simpanan bernilai RM500 ini merupakan faktor keprihatinan dan usaha pihak kerajaan untuk rakyat membina kembali simpanan persaraan. Hal ini bertujuan agar memastikan simpanan ahli mencukupi untuk membiayai pada hari tua.

KRITERIA KELAYAKAN

Bantuan kewangan KWSP RM500 ini hanya diberikan kepada ahli yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan ahli/ pencarum KWSP yang mempunyai jumlah baki simpanan kurang daripada RM10,000 di dalam akaun 1
  • Pencarum KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.

Nota : Insetif khas ini akan diberikan kepada 2 juta pencarum KWSP yang memenuhi syarat kelayakan diatas.

PENGELUARAN BANTUAN KEWANGAN KWSP RM500 

Ramai yang bertanya, bilakan bantuan tambahan sebanyak RM500 ini boleh dikeluaran. Mengikut maklumat rasmi, kepada ahli KWSP yang layak menerima insentif tambahan ini boleh membuat pengeluaran pada waktu tempoh matang.

Iaitu selepas ahli berumut 55 tahun dan keatas, pencarum yang berumur kurang daripada 55 tahun tidak boleh membuat pengeluaran tersebut.

INSENTIF LAIN

Selain bantuan kewangan KWSP RM500 ini, terdapat beberapa inisiatif berbentuk bantuan telah diumumkan melalui BELANJAWAN 2023 seperti berikut :

  • Bantuan tanggungan bayaran ujian lesen memandu motorsikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing
  • Bantuan kredit e-tunai belia rahmah sebanyak RM200 untuk individu berumur 18 hingga 20 tahun
  • Bantuan kewangan khas aidilfitri RM700 untuk penjawat awam Gred 56 kebawah dan RM350 untuk pesara kerajaan
  • Skim peduli kesihatan PEKA
  • Bantuan tambahan RM600 untuk penerima STR golongan isi rumah miskin tegar.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023 selain bantuan yang diperkenalkan sidang pada Belanjawan, terdapat pelbagai jenis bantuan berbentuk tunai telah disedikan untuk rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button