ePengeluaranKWSP

E Pengeluaran KWSP 2023 : Kemudahan Dibenarkan Pada Bila-Bila Masa

E Pengeluaran KWSP 2023 adalah merupakan inisiatif kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh KWSP kepada ahli. Untuk makluman, terdapat beberapa jenis pengeluaran yang dibenarkan untuk tujuan peribadi tersedia yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

E PENGELUARAN KWSP 2023

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan beberapa jenis pengeluaran wang yang boleh dilakukan ahli melalui e pengeluaran. Pencarum boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Ramai yang terlepas pandang bahawa mereka yang belum mencapai umur 55 tahun boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan KWSP. Di bawah disediakan senarai jenis e pengeluaran KWSP 2023 yang boleh dilakukan oleh ahli.

MEMBELI RUMAH SENDIRI

Untuk ahli / pencarum yang ingin atau merancang membeli rumah, pihak KWSP menyediakan kemudahan pengeluaran dari akaun 2 KWSP bagi tujuan pembiayaan pembelian rumah. Jenis rumah yang ingin dibeli mesti merangkumi struktur rumah seperti teres/ apartmen/ rumah kedai dan sebagainya.

MEMBINA RUMAH

Sama seperti membeli rumah, kepada ahli yang mempunyai tanah sendiri dan ingin membina rumah. KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran dari akaun 2 masing-masing.

Ahli wajib mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP sekurang-kurangnya RM500. Kemudahan ini dibuka kepada ahli berumur 55 tahun dan surat perjanjian membina rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan.

RAWATAN KESIHATAN

Kemudahan ini amat penting kepada ahli KWSP, sekiranya mempunyai atau berdepan dengan masalah kesihatan. Ahli boleh membuat pengeluaran daripada baki akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal.

PENDIDIKAN

Untuk sedia maklum, pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran wang dari akaun 2 untuk tujuan pendidikan. Kategori yang dibenarkan adalah pembiayaan pendidikan untuk sendiri, pasangan (suami/ isteri), anak dan ibu bapa di institusi dalam negara.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi tersedia, permohonan e pengeluaran KWSP 2023 boleh dibuat pada bila-bila masa dan dimana jua. Panduan lengkap telah disediakan di halaman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban masyarakat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button