KWSPPengeluaran Khas 2.0
Trending

Adakah Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Bakal Dilaksanakan?

Baru-baru ini kenaikkan barang asas keperluan harian telah menjadi bualan ramai pihak terutama rakyat yang berada dalam golongan berpendapatan rendah. Ramai yang mengeluh kerana kenaikkan mendadak menjejaskan pembelanjaan semasa.

Berkenaan perkara tesebut ramai yang measih mengharapkan pengeluaran khas 2.0 dari pihak KWSP dapat dilaksanakan buat kali terakhir kerana keadaan semasa yang memerlukan. Mungkin ada yang tidak bersetuju dan ada yang bersetuju kerana hari tua belum pasti, yang lebih penting setiap individu mempunyai pendapat masing-masing dan terpulang kepada pencarum ingin menyokong atau tidak.

Petisyen Sokongan Perlaksanaan Pengeluaran Khas 2.0

Untuk sedia maklum, sebuah petisyen telah diadakan untuk menyokong pengeluaran khas kali kedua. Setakat 21 Julai 2022, kira-kira 88 ribu orang telah menandatangani petisyen sokongan tersebut. Peringatan, kempen petisyen sokongan ini dilakukan secara natural oleh pihak rakyat dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.

Jika anda berada dalam golongan yang menyokong perlaksanaan pengeluaran khas kali kedua, anda boleh menandatangani petisyen sokongan tersebut – DI SINI

Melihat daripada situasi sekarang, jelas terdapat golongan yang terjejas dan sangat memerlukan untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi pada tahun ini.

Maklumat Tambahan

Pada tahun 2022 terdapat perbagai inisiatif khususnya berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button