i-AkaunKWSP
Trending

Panduan Cara Daftar Akaun KWSP Anak & Automatik Dapat RM 250 Setiap Tahun

Untuk makluman kepada yang terlepas pandang, sebenarnya akaun KWSP atau panjangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini sudah boleh didaftarkan kepada anak yang berumur 14 tahun keatas. Kemudahan ini telah disediakan oleh pihak KWSP bertujuan bagi membolehkan perancangan awal anak dari segi simpanan masa hadapan. Banyak manfaat yang boleh didapatkan jika mendaftar akaun anak sekarang termasuklah mendapatkan insentif RM 250 setiap tahun.

Manfaat Buka Akaun KWSP Pada Usia Muda

  1. Akan terima insentif secara tahunan sehingga RM 250.
  2. Perancangan simpanan untuk jangka masa panjang.
  3. Setiap tahun dapat dividen patuh syariah.
  4. Memupuk budaya menyimpan pada usia muda.
  5. Caruman tidak wajib dibuat setiap bulan.
  6. Sebagai ahli KWSP automatik dapat bantuan kematian RM 2,500 sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Bagi pendaftaran ia boleh dibuat di kiosk KWSP dan tidak perlu beratur panjang dikaunter.

Panduan Daftar Akaun KWSP Untuk Anak

  1. Sila pergi ke mana-mana kiosk berdekatan.
  2. Pastikan membawa bersama anak kerana pendaftaran sebagai ahli KWSP memerlukan IC dan cap jari pemohon.
  3. Sila maklumkan kepada pegawai KWSP yang betugas untuk membantu siapkan permohonan penddaftaran.
  4. Setelah pendaftaran i-akaun siap, pegawai tersebut akan membantu mendaftarkan ke akaun  Simpanan Syariah anak.
  5. Selesai, mudahkan? Bagi anda yang mempuyai anak berumur 14 tahun keatas sangat disarankan membuka akaun kerana tidak terikat untuk mencarum setiap bulan, ia lebih kepada simpanan jangka masa panjang.
  6. Untuk semakan mengenai KWSP, sila layari portal rasmi – KWSP

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang semakan kemudahan yang disediakan oleh pihak KWSP atau senarai inisiatif bantuan khususnya melibatkan kewangan dari pihak kerajaan, sila ke halaman utama yang telah disediakan –  KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button