ePengeluaranKWSP

Kategori Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Kategori pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini yang boleh dimohon oleh pencarum / ahli untuk tujuan peribadi tersedia. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan tidak dapat meluluskan pengeluaran khas KWSP 2.0 buat masa ini atas dasar tertentu.

Namun terdapat beberapa jenis kemudahan pengeluaran yang dibenarkan pada tahun ini yang boleh boleh dilakukan selagi menepati kelayakan.

KATEGORI PENGELUARAN KWSP 2023

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan pengeluaran wang melalui e-pengeluaran KWSP. Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi seperti berikut :

  1. Pengeluaran bagi membina rumah
  2. Pengeluaran untuk membeli rumah
  3. Pengeluaran untuk menyelesaikan baki hutang pinjaman rumah
  4. Menyelesaikan baki pijaman PTPTN
  5. Rawatan perubatan
  6. Pengeluaran pendidikan

Nota : Kemudahan pengeluaran KWSP ini dibuka untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi seperti di atas.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN E-PENGELUARAN

Berikut telah disediakan kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan e-pengeluaran KWSP  tahun 2023 seperti di bawah :

  • Permohonan dibuka untuk Warganegara Malaysia dan penduduk tetap
  • Ahli KWSP
  • Menepati syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan jumlah pengeluaran tidak boleh melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Pembayaran adalah secara kredit terus ke dalam akaun bank semasa / simpanan ahli atau rakan strategik KWSP.

PANDUAN LENGKAP E-PENGELUARAN KWSP

Bagi ahli yang ingin membuat pengeluaran akaun 2 KWSP untuk tujuan peribadi, permohonan boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap telah disediakan melalui laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

Ahli perlu mendaftar i-akaun KWSP terlebih dahulu sebelum menggunakan e-pengeluaran. Langkah telah disediakan seperti berikut :

  • Sila log masuk i-akaun KWSP
  • Tekan pada menu ‘pengeluaran’
  • Seterusnya klik ‘Permohonan Baru’
  • Pada ruangan jenis pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran dibuat (Contoh seperti membeli / membina rumah)
  • Tekan butang seterusnya dan ikuti langkah sehingga selesai
  • Dalam masa beberapa hari waktu bekerja, anda akan menerima pesanan SMS yang menyatakan anda perlu ke cawangan KWSP untuk urusan pengesahan cap jari
  • Keputusan permohonan pengeluaran akan mengambil masa dalam 10 hari bekerja.

Nota : Kemudahan e-pengeluaran KWSP ini adalah bagi membantu ahli untuk membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi penting. Bagi pengeluaran untuk membina atau membeli rumah amat disarankan kerana tidak merugikan ahli untuk masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai kategori bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button