BANTUANBKKJKMKanak-kanak

BKK : Bantuan Kewangan RM1000 Untuk Keluarga Memerlukan

BKK : Bantuan Kewangan RM1000 ditawarkan kepada keluarga yang memerlukan dan menepati kriteria kelayakan pada tahun ini. Bagi makluman umum, inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.

BKK : BANTUAN KEWANGAN RM1000

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan program pemberian sumbangan Bantuan Kanak-Kanak atau lebih dikenali sebagai BKK. Program ini adalah sebuah bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2024 yang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan ini ditawarkan dan diberi keutamaan kepada keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau kanak-kanak yang tiada/ kehilangan ibu bapa. Ini merupakan insentif bulanan bagi membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

Dengan adanya inisiatif seperti ini kerajaan yakin dapat membantu mengurangkan beban rakyat terutama berstatus kurang berkemampuan. Pihak JKM adalah agensi yang mengendalikan program bantuan kanak-kanak ini.

PECAHAN KADAR BANTUAN KEWANGAN BKK

Untuk makluman, kadar bagi BKK tahun ini ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum berjumlah RM1000 sebulan sekeluarga. Berikut adalah pecahan bayaran bantuan BKK mengikut kategori seperti di bawah :

  • RM150 : Kelayakan umur (7 tahun hingga 18 tahun)
  • RM200 : Kelayakan umur (6 tahun dan ke bawah)
  • RM1000 : Maksimum untuk satu keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN BKK

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat asas kelayakan BKK seperti berikut :

  • Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Remaja berumur 18 tahun keatas boleh dipertimbangkan sekiranya masih bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Penjaga/ keluarga yang memberi hak jagaan kepada kanak-kanak
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN BKK 2024

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan BKK boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi portal bantuan – BKK (JKM)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button