BANTUANPermohonan & KemaskiniSTR

Sumbangan Tunai Rahmah 2023 : Permohonan Baru & Kemaskini Maklumat Kini Dibuka

Sumbangan tunai rahmah atau lebih dikenali sebagai STR 2023 adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan pada tahun ini oleh kerajaan Malaysia. Untuk makluman umum, bermula hari ini telah dibuka untuk pendaftaran permohonan baru dan kemaskini maklumat asas jika mempunyai sebarang perubahan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan STR diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang memerlukan secara berepringkat (fasa) pada tahun 2023. Bermula 17 Januari pembayaran STR fasa 1 telah diagihkan secara tebus tunai di kaunter BSN dan kredit terus ke dalam akaun penerima.

Program inisiatif bantuan kewangan STR ini akan melibatkan 3 kategori kelayakan iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Perlaksanaan bantuan khas ini adalah bagi tujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama dari golongan b40 dan miskin.

JUMLAH BANTUAN STR 2023

Untuk pengetahuan umum, pemberian bantuan khas ini diberikan pada kadar jumlah yang berbeza bergantung kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kategori isi rumah pendapatan dibawah RM2,500 : Menerima jumlah bantuan sebanyak RM1,000 sehingga RM2,500 (bergantung bilangan anak)
  • Isi rumah pendapatan RM2,500 – RM5,000 : Menerima jumlah bantuan sebanyak RM500 sehingga RM1,250 (bergantung bilangan anak)
  • Kategori bujang : Menerima jumlah bantuan sebanyak RM350
  • Kategori warga emas : Menerima jumlah bantuan sebanyak RM600
  • Kategori isi rumah (miskin tegar) : Menerima bantuan tambahan sebanyak RM600 dalam bentuk bancar makanan bakul.

PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI MAKLUMAT ASAS STR 2023

Bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2023, permohonan baru dan kemaskini maklumat telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Bagi penerima STR sedia ada jika mempunyai sebarang perubahan data maklumat boleh kemaskini sekarang. Pendaftaran baru dan kemaskini data dibuka sepanjang bulan ini.

Manakala bagi bukan penerima sumbangan tunai rahmah pula, kini boleh membuat pendaftaran baru secara online bagi turut menerima manfaat dari bantuan tunai ini. Kepada mereka yang ingin membuat permohonan baru atau kemaskini maklumat asas, sila layari portal rasmi MySTR – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada Sumbangan tunai rahmah (STR) ini, terdapat pelbagai inisitif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Kepada anda yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button