BANTUANBLPJKMLatihan Perantis

BLP : Bantuan Tunai RM200 Sebulan – Panduan Cara Mohon

BLP : Bantuan Tunai RM200 sebulan kini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.

BLP : BANTUAN TUNAI RM200 SEBULAN

Pihak kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Bantuan Latihan Perantis. Program BLP ini menawarkan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 kepada rakyat Malaysia.

Objektif utama perlaksanaan program istimewa ini adalah bagi memberi sokongan kewangan yang diperlukan oleh mereka yang memerlukan. Dengan adanya insentif tambahan bulanan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada penerima.

Program bantuan latihan perantis (BLP) ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM dibawah Belanjawan 2024. Bantuan ini diberi keutamaan kepada anak-anak klien JKM, penerima bantuan, bekas pelatih serta bekas penghuni kebajikan.

Tujuan maklumat program ini adalah memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh kemahiran latihan dalam bidang pekerjaan. Mereka yang berjaya menyertai akan menerima insentif bernilai RM200 setiap bulan.

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BLP RM200

Terdapat beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi permohonan bantuan BLP RM200 ini seperti di bawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Anak penerima bantuan atau bekas pelatih atau bekas penghuni dari mana-mana institusi kebajikan
  • Bekas pelatih khidmat masyarakat
  • Kes-kes seliaan akhlak.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN TUNAI BLP 2024

Kepada mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini selagi kuota masih dibuka. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BLP 2024

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut dan bagi memudahkan urusan semakan permohonan. Sila sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ tanggungan yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (pendapatan) jika ada
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button