KWSPPengeluaran Penuh

Pengeluaran Penuh KWSP Yang Dibenarkan : Semak Kelayakan

Terdapat beberapa jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan kepada ahli selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan pengeluaran kepada pencarum untuk akaun 1 dan 2.

JENIS PENGELUARAN PENUH KWSP

Bagi pengetahuan umum, walaupun pengeluaran khas 2.0 dan secara bersasar tidak dapat diluluskan atas faktor tertentu. Terdapat berberapa kemudahan pengeluaran penuh KWSP yang boleh dilakukan ahli/ pencarum yang berkelayakan.

Kemudahan pengeluaran ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan pemohon perlu mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan. Di bawah telah disediakan jenis pengeluaran penuh KWSP yang boleh dilakukan pada tahun ini.

PENGELUARAN UMUR 55

Untuk makluman, setelah ahli mencapai umur 55 tahun caruman yang diterima ke dalam simpanan akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun 55. Ahli yang telah mencapai umur 55 boleh membuat pengeluaran secara sebahagian atau penuh simpanan pada bila-bila masa.

HILANG UPAYA

Kemudahan pengeluaran ini amat penting, kepada ahli yang ditimpa kecelakaan atau musibah yang membabitkan keupayaan fizikal atau mental terjejas. Mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP simpanan dan layak menerima insentif RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya.

MENINGGALKAN NEGARA

Kepada pencarum / ahli KWSP yang melucutkan atau melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke luar negara. Mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua baki simpanan dalam akaun KWSP.

BERLAKU KEMATIAN

Sekiranya ahli meninggal dunia, simpanan KWSP mereka adalah merupakan jaminan kepada ahli keluarga tercinta. Kemudahan pengeluaran ini bagi membantu meringankan beban kewangan serta menampung pembelanjaan pewaris seperti pengurusan kematian.

SEMAK SYARAT & CARA MOHON

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran KWSP secara sebahagian atau kesemua, anda boleh semak syarat kelayakan dan cara mohon secara online. Untuk permohonan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah menawarkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban sara hidup rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button