ePengeluaranKWSP

ePengeluaran KWSP 2024 : Syarat Kelayakan & Panduan Mohon

ePengeluaran KWSP 2024 adalah merupakan sebuah skim kemudahan yang disediakan kepada ahli yang memerlukan pada tahun ini. Untuk pengetahuan umum, pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan oleh KWSP bagi memberi manfaat kepada para pencarum.

EPENGELUARAN KWSP 2024

Seperti sedia maklum, sebenarnya ahli/ pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran melalui akaun 1 & akaun 2 selagi menepati kelayakan yang ditetapkan. Pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua berada secara dalam talian.

Kemudahan skim ePengeluaran KWSP ini boleh dilakukan secara sebahagian atau sepenuhnya bergantung tujuan pengeluaran dibuat. Dengan adanya inisiatif kemudahan seperti ini dapat membantu ahli untuk memudahkan urusan mereka melalui i-akaun KWSP.

SYARAT & KRITERIA KELAYAKAN EPENGELUARAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi epengeluaran KWSP seperti dibawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun maksimum pengeluaran
  • Syarat kelayakan mengikuti syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke akaun rakan strategik KWSP.

JENIS KATEGORI EPENGELUARAN KWSP

Dibawah adalah jenis kategori yang membolehkan anda untuk membuat pengeluaran KWSP pada tahun ini seperti berikut :

  1. Perumahan (Bina rumah, Beli rumah, Ansuran bulanan pijaman perumahan dan Menyelesaikan baki pinjaman perumahan)
  2. Pendidikan (Ahli/ pencarum KWSP yang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi/ IPT)
  3. Rawatan Kesihatan (Ahli menerima rawatan di mana-mana institusi perubatan dalam negara)
  4. Umur 50 tahun (Pencarum yang berumur 50 hingga 54 tahun dan mempunyai simpanan dalam akaun 2 KWSP)
  5. Simpanan melebihi RM1 juta (Ahli yang mempunyai simpanan diatas 1 juta)

PANDUAN DAFTAR & MOHON EPENGELUARAN 2024

Kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan pengeluaran khas ini, permohonan boleh dikemukakan secara online pada tahun ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – ePengeluaran KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2024, pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button