KWSPTarikh Pembayaran

Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 : Panduan Permohonan Dan Tarikh Pembayaran

Untuk sedia maklum, berita gembira yang ditunggu-tunggu selama ini oleh rakyat Malaysia terutama para pencarum KWSP iaitu pengumuman pengeluaran khas KWSP RM 10,000 telah diluluskan baru-baru menerusi sidang pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia. Tujaan utama Pengeluaran Khas KWSP ini bagi meringankan para pencarum yang terjejas akibat pendemik yang melanda dalam tempoh dua tahun ini.

Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri mengenai pengeluaran Khas KWSP RM 10,000, di bawah telah disediakan butiran perincian mengenai panduan permohonan, syarat serta tarikh pembayaran boleh dibuat.

Panduan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000

Di bawah telah disediakan panduan perincian untuk membuat pengeluaran khas KWSP sehingga maksima pengeluaran sebanyak RM 10,000 :

  • Permohonan ini terbuka kepada ahli pencarum KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Pembayaran akan bermula pada tanggal 20 April 2022
  • Tarikh permohonan di buka bermula 1 April sehingga 30 April 2022
  • Bagi jumlah pengeluaran tertakluk pada baki simpanan di akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan dari akaun 1 akan diakses
  • Jumlah pengeluaran adalah minimum serendah RM 50 sehingga maksimum RM 10,000

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri , Dato Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas baru-baru ini pada 16 Mac 2022 yang memberitahu keputusan berkenaan diambil berdasarkan kajian terperinci dan penelititan secara menyeluruh dalam fasa pemulihan endemik di negara ini.

Pihak kerajaan jugak mendengar, meneliti dan mengkaji permitaan dari para pencarum dan semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri dan Pihak KWSP memperingatkan supaya para pencarum membuat pengeluaran jika betul-betul memerlukan agar simpanan pada masa hadapan lebih terjamin.

Untuk sebarang maklumat lebih terperinci berkenaan pengeluaran Khas KWSP , anda boleh rujuk di Portal Rasmi dan Media Sosial KWSP.

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan mahupun Yayasan. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button