Kanak-kanakKWSP

Panduan Mendaftar Akaun KWSP Untuk Anak Dan Terima Insentif RM 250

Untuk sedia maklum, ramai yang terlepas pandang yang mana untuk individu yang berusia 14 tahun sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pesaraan atau lebih dikenali sebagai KWSP untuk tahun ini.

Individu / anak yang berumur 14 tahun ke atas dibenarkan membuat pendaftaran akaun KWSP adalah untuk simpanan syariah dan ia bagi tujuan simpanan dalam tempoh jangka masa panjang mereka.

Bagi pendaftaran akaun KWSP ini tidak perlu menunggu pemohon mula bekerja baru boleh menyimpan wang. Bagi para ibubapa dan penjaga yang ingin membuat persediaan jangka masa panjang anak dan memudahkan urusan anak nanti, anda boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak dan mengisi sedikit simpanan untuk mereka di dalam akaun tersebut.

Terima Insentif RM 250

Jika anda membuka akaun KWSP untuk anak sekarang, anda akan mendapatkan insentif kewangan tambahan sehingga RM 250 bagi setiap tahun.

Di halaman bawah telah disediakan maklumat penuh berkenaan panduan cara daftar akaun KWSP anak dan manfaat yang boleh dapati.

Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas

Para Ibubapa boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak berusia 14 tahun dan ke atas melalui mana-mana cawangan kiosk KWSP dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter.

  • Bagi pendaftaran sebagai ahli KWSP (IC anak dan cap jari diperlukan) sertakan di mana-mana kiosk KWSP
  • Sila beritahu kepada pengawai KWSP untuk membuka i-akaun dan beralih ke simpanan syariah secara terus
  • Selalunya pegawai KWSP akan buatkan secara terus di kiosk tersebut
  • Setelah selesai i-akaun, pegawai KWSP akan membantu daftarkan ke akaun syariah anak
  • Setelah selesai, beritahu pegawai KWSP untuk daftarkan caruman i-saraan – Caruman secara sukarela

Kelebihan Dan Manfaat Buka Akaun KWSP untuk Anak

  • Perancangan simpanan untuk jangka masa panjang anak
  • Akan terima Insentif tambahan maksimum sebanyak RM 250
  • Dapat mula menyimpan pada usia muda
  • Mendapatkan dividen patuh syariah setiap tahun
  • Sebagai ahli KWSP akan automatik layak buat tuntutan khairat kematian RM 2,500

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada khususnya berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button