BANTUANMySTRMySTR 2024

Bantuan MySTR 2024 : Kadar Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Bantuan MySTR 2024 : Kadar jumlah bayaran mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak telah diumumkan oleh kerajaan bagi sesi tahun ini. Untuk makluman, inisiatif khas ini adalah merupakan bantuan dibawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BANTUAN MYSTR SESI 2024

Kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini. Apa yang menarik adalah program bantuan tunai STR yang memasuki tahun kedua ini telah dinaikkan kadar jumlah sehingga RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.

Atas keprihatinan pihak kerajaan, peruntukan ditingkatkan dan lebih memfokuskan pemberian kepada golongan miskin dan memerlukan. Bukan itu sahaja, bantuan tambahan SARA juga diperluaskan kepada 700,000 penerima STR pada tahun 2024.

KADAR JUMLAH BANTUAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Pembayaran bantuan khas STR tahun ini dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa pengagihan. Kadar jumlah ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak seperti dibawah.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500/ B40)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Mempunyai bilangan anak (5 ke atas) : RM2,500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000/ M40)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM750
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (5 ke atas) : RM1,250

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KEATAS)

  • RM350 seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600 seorang

JADUAL BAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT FASA

Berikut adalah jadual pembayaran MySTR secara berperingkat mengikut fasa bagi sesi tahun 2024 :

  • Pembayaran STR fasa 1 : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Pembayaran STR fasa 2 : Bermula April 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
  • Pembayaran STR fasa 3 : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
  • Pembayaran STR fasa 4 : Bermula November 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini akan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada kalian yang merupakan penerima bantuan tunai STR, semakan status dan pengemaskinian maklumat boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yanf ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button