BANTUANJKMKanak-kanak

BKK 2022 : Permohonan Bantuan Kanak Kanak RM 1,000 Kini Dibuka

Untuk makluman umum terutama kepada penjaga atau ibu bapa yang mempunyai tanggungan anak yang berusia 18 tahun dan kebawah, anda boleh memohon insentif Bantuan Kanak-Kanak atau dikenali sebagai BKK sehingga RM 1,000 setiap satu keluarga bagi tahun 2022.

Panduan BKK 2022

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kanak kanak ini telah dilancarkan pada tahun 2021 daripada Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini diberikan kepada kanak-kanak, ibubapa atau penjaga bagi membantu meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang lebih baik.

Menurut kenyataan rasmi Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rinabinti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan BKK 2022 sehingga RM 1,000 berbanding tahun sebelum RM 450 untuk satu keluarga.

Syarat Kelayakan BKK 2022

Dibawah telah disediakan senarai syarat kelayakan permohonan BKK 2022 :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Status bermaustatin di Malaysia – Mengikut syarat yang ditetapkan
  • Kanak kanak yang berusia 18 tahun dan ke bawah – Jika berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan untuk bersekolah sehingga menengah atas sahaja
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi PGK – Pendapatan Garis Kemiskinan
  • Kepada mana-man kes yang berkeperluan layak memohon dan akan dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Panduan Permohonan BKK 2022

Di bawah telah disediakan cara membuat permohonan BKK tahun 2022 :

Online

  1. Sila layari Portal Rasmi JKM – KLIK DISINI
  2. Kemudian tekan butang ”Daftar Permohonan Atas Talian”
  3. Sila isi borang A dan borang B dengan maklumat anda yang lengkap seperti yang diminta
  4. Tekan butang ”Keputusan”

Cawangan JKM

  1. Kepada Pemohon harus ke mana-mana Pejabat JKM yang berdekatan untuk tujuan verifikasi permohonan BKK bagi tahun 2022
  2. Sila bawa dokumen penting seperti di bawah :
  • Sediakan salinan IC pemohon
  • Sediakan salinan IC ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Sediakan slip plendaftaran sementara OKU atau Salinan kad OKU – Jika pemohon kategori OKU
  • Sediakan salah 1 bil utiliti – Bil elektrik atau Air
  • Sediakan salinan penyata gaji atau suarat akaun pendapatan – Jika bekerja sendiri
  • Sediakan surat laporan kesihatan – Bagi kes OKU tidak bekerja atau pesakit kronik

Pastikan anda sediakan dokumen-dokumen seperti di atas dan bawa bersama borang permohonan berikut :

  • Borang Permohonan BKK  di – SINI
  • Borang kemaskini maklumat jika ada – DI SINI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan BKK tahun 2022, anda bole terus hubungi Jabatan Kebajikan Masyarat di talian 03 8000 8000.

Maklumat Lanjut Senarai Bantuan Tahun 2022

Untuk sedia maklum, Pihak Kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang boleh terus ke Laman Utam yang disediakan bagi anda semak bantuan yang berkelayakan untuk anda memohon – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button