BANTUANBKK

Senarai Penerima Bantuan BKK RM1,000 : Dikreditkan Disember

Senarai Penerima Bantuan BKK bernilai minimum RM1,000 yang akan dikreditkan pada bulan Disember nanti secara one-off. Untuk makluman, pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan sebuah insentif dari kerajaan negeri.

SENARAI PENERIMA BANTUAN BKK

Pada pembentangan Belanjawan 2024 bagi negeri Selangor, Menteri Besar iaitu Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan satu lagi program pemberian. Program bantuan khas kewangan atau (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri bagi menghargai penglibatan mereka yang menjayakan kutipan hasil. Bantuan istimewa ini akan disalurkan kepada semua penjawat awam negeri Selangor.

Bantuan khas ini adalah sebahagian daripada inisiatif keseluruhan sebanyak 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam. Insentif BKK ini telahpun dimulakan kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada bulan Mei lalu sempena Raya puasa.

TARIKH JADUAL BAYARAN PENERIMA BANTUAN BKK

Pihak kerajaan negeri telah memaklumkan jadual tarikh rasmi pembayaran bantuan khas kewangan minimum RM1,000 ini akan dikreditkan bermula 28 Dismber 2023. Pemberian akan dilakukan secara berperingkat sehingga selesai dibayar.

Program khas ini akan melibatkan anggaran sekitar kewangan RM40 juta dan setengah bulan gaji minimum RM1,000 pula akan dibayar pada bulan Februari 2024. Ia bagi meringankan beban penjawat awam sempena persiapan sesi persekolahan anak-anak.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN NEGERI

Selain pemberian insentif BKK ini, terdapat 1 lagi program bantuan yang ada disediakan oleh kerajaan negeri yang boleh dimohon oleh golongan B40. Bantuan kehidupan sejahtera atau dikenali Bingkas ini berjumlah RM300 sebulan ditawarkan kepada mereka yang memerlukan.

Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mendapatkan manfaat daripada bantuan ini adalah seperti dibawah.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan di bawah RM3,000 (B40)
  3. Isi rumah mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  4. Pemilih berdaftar
  5. Lahir di Selangor atau menetap melebihi daripada 10 tahun di Selangor

Untuk maklum, permohonan menyertai program bantuan khas ini masih dibuka dan mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara online. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button