BANTUANeMadanieWalletKredit

Bantuan eMadani : Kredit RM100 Perlu Digunakan Minggu Ini

Bantuan eMadani : Kredit RM100 perlu digunakan dan dibelanjakan pada minggu ini sebelum tarikh luput 29 Februari 2024. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan ewallet ini adalah sebahagian bantuan dibawah bajet Belanjawan.

BANTUAN KREDIT EMADANI RM100

Pihak kerajaan telah melancarkan sebuah program insentif yang dikenali sebagai emadani bantuan kredit ewallet bernilai RM100 one-off. Program ini mula dilaksanakan pada bulan Disember tahun lalu dan akan berakhir pada 29 Februari ini.

Insentif ini ditawarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia yang berada dalam golongan dewasa berumur 21 tahun keatas. Mereka yang berkelayakan boleh tuntut dan belanjakan nilai RM100 tersebut untuk membeli barangan.

Tujuan utama program pemberian bantuan emadani ini diadakan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat kategori golongan b40 dan m40. Dengan adanya program ini secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN EMADANI RM100

Mereka yang ingin tebus kredit ewallet percuma RM100 ini perlu mematuhi beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 21 tahun dan keatas (tahun 2023)
  • Pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000
  • Kumpulan B40 dan M40
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN KREDIT EMADANI

Untuk pengetahuan umum, tuntutan bantuan khas kredit emadani RM100 ini boleh dituntut sebelum 20 Februari. Kadar amaun tersebut wajib digunakan sebelum tarikh luput pada 29 Februari 2024 (minggu hadapan) kerana selepas tarikh tersebut baki kredit tidak boleh dibelanjakan.

Setiap pemohon boleh pilih satu daripada empat aplikasi edompet yang terlibat iaitu :

  • Touch N Go ewallet
  • MAE
  • Setel
  • Shopeepay

PANDUAN & BUTIRAN LENGKAP EMADANI RM100

Kepada mereka yang terlepas pandang, anda boleh membuat semakan panduan dan butiran lengkap berkenaan bantuan khas ewallet RM100 ini. Sila layari portal rasmi bantuan istimewa – eMADANI 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan pada tahun ini telah memperkenalkan lebih banyak kemudan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada kalian yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button