BANTUANeMadanieWallet

EMadani : Bantuan Ewallet RM100 Boleh Ditebus Sebelum 29 Feb

EMadani : Bantuan Ewallet RM100 boleh ditebus dan digunakan secara percuma sebelum 29 Februari ini oleh rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini merupakan sebahagian bantuan yang dilaksanakan pada suku pertama tahun 2024.

EMADANI : BANTUAN EWALLET RM100

Pihak kerajaan perpaduan telah melancarkan sebuah insentif bantuan ewallet bernilai RM100 secara one-off yang dikenali sebagai kredit emadani. Program istimewa ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan keatas.

Golongan dewasa boleh tebus dan gunakan kredit RM100 ini melalui aplikasi edompet yang terlibat iaitu Touch N Go, Setel, MAE dan Shopeepay. Setiap individu yang berkelayakan boleh claim kredit tersebut melalui salah satu pilihan aplikasi yang disediakan.

Perlaksanaan pemberian khas ini akan memberi manfaat kepada sekitar 10 juta rakyat Malaysia pada tahun ini. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meringankan beban serta memupuk budaya pembelian barang tanpa tunai.

TARIKH PERLAKSANAAN BANTUAN EMADANI RM100

Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat tuntutan sekali sahaja menerusi aplikasi edompet pilihan masing-masing. Tarikh penebusan adalah bermula pada 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Kepada mereka yang berjaya tebus, kredit tersebut perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 29 Februari 2024. Selepas daripada tarikh tersebut, kredit emadani tidak boleh digunakan lagi untuk membeli barangan keperluan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM100

Pendaftaran dan tuntutan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu berumur 21 tahun dan keatas sahaja (Kategori dewasa)
  • Pendapatan setahun dibawah RM100,000
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Kumpulan B40 & M40.

PANDUAN CARA TUNTUT BANTUAN KREDIT EMADANI

Kepada mereka yang belum tebus, masih belum terlambat untuk mendapatkan manfaat daripada tawaran kerajaan ini. Panduan lengkap cara tuntut telah disediakan, sila layari laman rasmi – eMADANI (RM100)

Setiap pemohon perlu menjalani proses semakan verifikasi identiti secara elektronik (eKYC) melalui penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan sebelum membuat tuntutan.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button