BANTUANeKasih

e-Kasih 2022 : Cara Daftar Permohonan Bantuan

E-Kasih 2022, untuk makluman umum portal ini adalah merupakan sebuah sistem bantuan pengkalan data yang telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan.

Portal e-kasih ini adalah bagi tujuan pembasmi kemiskinan bagi golongan yang kurang bernasib baik. Di setiap negeri telah diletakan wakil bagi memantau program membantu dan membasmi kemiskinan.

E-KASIH 2022

E-Kasih 2022 adalah sistem data bank kemiskinan negara yang menyimpankan lebih maklumat mengenai profail individu dan golongan yang miskin dan miskin tegar.

Program ini telah melibatkan bantuan yang akan diberikan oleh ahli isi rumah dan ketua isi rumah dari pihak agensi pemberian bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan yang layak diterima.

SYARAT KELAYAKAN

Jika anda ingin membuat pendaftaran permohonan e-Kasih 2022 , syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Golongan mempunyai pendapatan semasa bulanan di bawah purata garis kemiskinan
  • Pendapatan bulanan RM 1,000 kebawah (Luar bandar)
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 ke bawah (Kawasan Bandar)
  • Untuk yang berkeperluan juga boleh membuat permohonan

CARA DAFTAR 

Bagi anda yang ingin membuat pendaftaran permohonan e-kasih 2022 masih belum terlambat. Pendaftaran boleh dibuat terus melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau pejabat daerah berhampiran kediaman.

Individu yang ingin memohon boleh hadir terus ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri melalui kaedah seperti dibawah:

  • E-Mel Rasmi
  • Telefon
  • Surat
  • Perlu membuat laporan kemiskinan melalui pimpinan tempatan kawasan anda, Majlis perwakilan penduduk atau majlis pengurusan komuniti kampung.

Untuk ketahui lebih mengenai bantuan kerajaan yang masih ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan. Sila ke laman utama – SEMAK DISINI

SENARAI NOMBOR PPN

Di bawah telah disediakan senarai nombor PPN mengikut negeri. Sekiranya anda ingin membuat pendaftaran atau ketahui lebih terperinci mengenai bantuan e-kasih 2022 , anda boleh menghubungi nombor telefon yang disediakan dibawah:

  • No PPN Wilayah Persekutuan (KL) : 03-4042 0260/61
  • No PPN Negeri Sembilan : 06-765 9945
  • No PPN Negeri Selangor : 03-5521 3600
  • No PPN Negeri Pahang : 09-517 8208
  • No PPN Negeri Melaka : 06-333 3333
  • No PPN Negeri Johor : 07-223 4777
  • No PPN Negeri Terengganu : 09-627 2000
  • No PPN Negeri Sabah : 088-484800
  • No PPN Negeri Kelantan : 09-745 5000
  • No PPN Negeri Sarawak : 082-446582
  • No PPN Negeri Perlis : 04-973 1976
  • No PPN Negeri Kedah : 04-720 9236
  • No PPN Pulau Pinang : 04-218 5700
  • No PPN Negeri Perak : 05-249 7400

SEMAKAN STATUS E-KASIH

Jika anda ingin membuat semakan status pendaftaran e-Kasih 2022 , tidak perlu hadir ke pejabat. Semakan boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi e kasih 2022 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin mengemukan sebarang persoalan berkenaan bantuan melalui e-kasih 2022 ini. Anda boleh menghubungi talian PPN negeri anda seperti diatas atau hubungi talian khas Ibu Pejabat Unit Penyelarasan Perlaksanaan di 03-8000 8000 untuk sebarang pertanyaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button