4 Jenis Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023
4 jenis bantuan lesen memandu percuma yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada sidang Belanjawan 2023. Untuk makluman, terdapat pelbagai jenis inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat yang memerlukan pada tahun ini dan salah satunya bantuan lesen memandu.
KERAJAAN PERKENALKAN BANTUAN LESEN
Untuk sedia maklum, pada tarikh 24 Februari lalu kerajaan perpaduan telah mengumumkan inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Dengan cara menyediakan kemudahan mengambil ujian memandu secara percuma kepada mereka yang berkelayakan.
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk menanggung kos bayaran ujian memandu bagi lesen motorsikal kelas B2 dan lesen bas, teksi serta e-hailing.
Untuk pengetahuan umum, perlaksanaan bantuan lesen memandu ini akan mula dijalankan pada tahun ini bagi membantu rakyat khususnya golongan belia. Perkara ini kerana golongan belia adalah masa depan negara dan dengan adanya bantuan lesen ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dalam sektor pengangkutan awam.
4 JENIS BANTUAN LESEN MEMANDU YANG DITANGGUNG
Berikut adalah 4 jenis bantuan lesen memandu yang diberikan secara percuma seperti dibawah :
- Ujian memandu motorsikal kelas B2
- Lesen memandu e-hailing
- Lesen memandu teksi
- Lesen memandu bas.
Dengan adanya bantuan lesen yang ditawarkan percuma ini terutama untuk golongan belia, pihak kerajaan berharap mereka akan dapat tawaran pekerjaan. Secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara.
CARA MOHON BANTUAN
Cara permohonan dan syarat kelayakan bantuan lesen memandu secara percuma ini masih belum dimaklumkan oleh pihak kerajaan. Menteri pengangkutan telah menyatakan bahawa dalam masa terdekat beliau akan mengumumkan secara terperinci.
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan lesen memandu ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum. Bantuan lesen memandu ini merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan pada pembentangan BELANJAWAN 2023
MAKLUMAT LANJUT
Pada awal tahun ini, terdapat beberapa bantuan berbentuk tunai telah dilancarkan oleh kerajaan seperti pemberian sumbangan tunai rahmah (STR). Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.