BANTUANKerajaan

Senarai Jenis Bantuan Kerajaan Bulan Disember

Senarai jenis bantuan kerajaan yang ada pada bulan Disember 2022. Untuk sedia maklum pelbagai bantuan telah dilancarkan pada tahun ini dari pihak kerajaan. Pada hunjung tahun ini, ada beberapa jenis bantuan yang masih disediakan dan boleh didapatkan sekiranya berkelayakan.

Di halaman ini dikongsikan maklumat berkenaan jenis bantuan kerajaan yang ada pada bulan ini untuk mereka yang berkelayakan memerlukan.

BANTUAN BAUCAR SAVE 3.0

Jika anda terlepas pandang, terdapat bantuan baucar yang disediakan untuk rakyat yang ingin membeli barangan peralatan elektrik yang mempunyai jimat tenaga 4 atau 5 bintang. Bantuan baucar ini dibuka sepanjang tahun ini, anda boleh tebus baucar percuma sehingga RM 400.

Untuk tebus bantuan ini, anda boleh rujuk maklumat penuh – SEMAK DISINI

BANTUAN ZAKAT NEGERI

Untuk sedia maklim, pihak kerajaan negeri Selangor telah menyediakan senarai jenis bantuan ‘LZS PEduli’ yang mana diberikan kepada golongan yang terjejas terutama akibat daripada bencana banjir.

Program bantuan ini adalah salah satu inisiatif dari pihak zakat Selangor dan diberikan bantuan secara ‘Sekali Bayar’ kepada ketua keluarga yang terjejas disebabkan banjir. Permohonan boleh dibuat sekarang sehingga tarikh tutup pada 31 Januari 2023.

Hanya 1 permohonan boleh dibuat bagi setiap keluarga. Untuk membuat permohonan sila layari laman rasmi – ZAKAT SELANGOR

BANTUAN TUNAI JKM BULAN DISEMBER

Untuk makluman, bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibuka sepanjang tahun kepada yang memerlukan terutama golongan sasar iaitu b40 dan miskin tegar.

Bagi bayaran bulanan bantuan JKM diberikan seperti biasa mengikut jadual secara berperingkat. Bayaran bantuan akan dikreditkan bermula 1 hingga 10 Disember 2022. Antara bantuan yang terlibat adalah Bantuan kanak-kanak, warga emas, Am Persekutuan dan pelbagai lagi.

Untuk semakan permohonan baru, sila layari portal rasmi JKM –DI SINI

BANTUAN BMT FASA 2

Skim bantuan Musim Tengkujuh ini disediakan oleh pihak RISDA. Bantuan diberikan sebanyak RM 600 melalui 2 fasa iaitu fasa 1 RM 300 pada bulan November dan fasa 2 RM 300 pada bulan Disember 2022.

Bantuan ini diberikan kepada golongan pekebun kecil bagi menghadapi musim tengkujuh pada penghujung tahun ini. Untuk lebih maklumat anda boleh layari portal rasmi pekebun kecil RISDA.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button