AidilfitriBANTUANKerajaan

Bantuan Kewangan Aidilfitri Dibayar Pada Bulan Ini

Bantuan kewangan aidilfitri akan dibayar pada bulan ini sempena menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Untuk makluman, pemberian bonus raya ini diberikan kepada beberapa kategori dengan kadar jumlah inisiatif berbentuk bantun tunai.

Bayaran bantuan kewangan aidilfitri ini telah dimaklumkan oleh Perdana menteri Malaysia. Iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan diagihkan pada bulan April 2023. Untuk sedia maklum, kadar bantuan yang akan diterima adalah RM200 sehingga RM700 mengikut kategori kelayakan.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM200

Pihak keraajan baru-baru ini telah bersetuju untuk menyalurkan inisiatif bantuan kewangan aidilfitri berjumlah RM200 kepada kira-kira 850,000 penerima. Mereka yang terlibat adalah merupakan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pekebun kecil, pesawah dan nelayan.

Inisiatif khas ini merupakan bantuan tambahan kepada insentif yang telah diumumkan kepada golongan tersebut di dalam sidang Belanjawan 2023. Tujuan utama pemberian bantuan RM200 ini bagi meringankan beban mereka yang telibat dan pembayaran akan diberikan pada bulan ini.

BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI RM700

Untuk pengetahuan umum, satu lagi bantuan sempena aidilfitri yang akan mula dikreditkan pada 17 April ini adalah bantuan kepada golongan pejawat awam. Kadar yang diberikan adalah sebanyak RM700 kepada pejawat awam gred 56 dan ke bawah, manakala pesara kerajaan akan terima RM350.

Inisiatif ini diberikan bagi menghargai mereka yang merupakan pejawat awam yang telah menjalankan tugas dengan baik untuk perkhidmatan masyarakat pada tahun ini. Pembayaran akan dijalankan secara kredit terus ke dalam akaun bank penerima bermula 17 April 2023.

Jenis bantuan sempena aidilfitri ini telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada pembentangan BELANJAWAN 2023 yang berlangsung pada bulan Februari lalu. Di harapkan dengan adanya pemberian inisiatif berbentuk bantuan tunai ini dapat memberikan semangat kepada penerima bagi menyambut bulan syawal yang bakal tiba.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai bagi membantu rakyat yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – KLIK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button