BANTUANYAWAS

YAWAS 2022 : Bantuan Kewangan RM 100 Setiap Bulan

Pada tahun 2022 terdapat banyak Bantuan khususnya kewangan telah dilancarkan Pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membantu rakyak yang memerlukan. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah melancarkan sebuah Program Bantuan yang dikenali sebagai Progrma Bantuan Asuhan Anakku Pintar.

Insentif yang akan dapat dari Program Bantuan ini, pihak keluarga / Ibu bapa yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan akan menerima Bantuan yuran (TASKA) atau Nurseri untuk anak mereka yang berusia sekitar 4 tahun dan ke bawah dan kewangan sebayak RM 100 setiap bulan.

Untuk makluman, bantuan RM 100 ini akan terus dibayar kepada pihak Nurseri atau TASKA yang terlibat kepada yang berkelayakan.

Panduan Cara Membuat Permohonan

Sebarang permohonan Bantuan ini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi YAWAS – Sistem Pendaftaran Asuh Pintar – DI SINI

Untuk sebarang permohonan pada tahun 2022, permohonan pendaftaran hanya dilakukan secara atas talian dan anda wajib sertakan dokumen lengkap seperti di bawah :

  • Sediakan salinan Sijil Kelahiran anak
  • Sediakan borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem (borang boleh dicetak di laman rasmi yang disediakan diatas)
  • Sediakan salinan Kad pengenalan Ibu bapa
  • Sediakan salinan slip gaji bapa – untuk pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Sediakan salinan slip gaji ibu – untuk pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau suri rumah
  • Sediakan salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu bapa
  • Sediakan cop pengesahan bagi yang bermaustatin (untuk bukan kelahiran negeri selangor)

Selepas anda selesai mengisi maklumat lengkap dan sudah sediakan dokumen-dokumen penting, anda boleh menghantar ke alamat rasmi YAWAS yang sudah di sediakan di bawah. Bagi makluman anda yang ingin membuat permohonan, dokumen ini hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan.

Alamat Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS

aras 5, Kompleks Generas Muda 7 Sukan Negeri Selangor,

Lot 4 , Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Syarat Kelayakan Permohonan YAWAS

Sebelum membuat Permohonan sila semak syarat kelyakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Pemohonan wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Lahir dan menetap di Negeri Selangor
  • Tidak lahir di Selangor tapi menetap sudah lebih dari 5 tahun – Wajib mendapatkan pengesahan Ketua Kampung / Pengerusi tempat tinggal anda
  • Pendapatan Isi Rumah bulanan RM 5,000 dan kebawah
  • Anak berumur 4 tahun dan kebawah
  • Bantuan ini terhad kepada 2 orang anak sahaja (satu keluarga)
  • Ibu bapa adalah pengundi berdaftar di SPR – Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Bagi makluman semua, bahawa tarikh tutup permohonan program bantuan YAWAS ini adalah pada 15 haribulan setiap bulanuntuk melayakkan diri menerima insentif kewangan bagi bulan tersebut. Contoh seperti berikut, permohonan untuk insentif bulan Mac perlu dihantar sebelum tarikh 15 Mac 2022.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat terperinci anda bole terus layari portal rasmi YAWAS atau hubungi di talian nombor telefon 03-5481 8800 untuk maklumat lanjut.

Jika anda terlepas pandang senarai bantuan khususnya melibatkan kewangan yang ada pada tahun 2022, anda boleh terus ke laman utama yang telah kami sediakan untuk anda menbuat semakan bantuan yang anda berkelayakan untuk membuat permohonan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button