BANTUANMySalam

Program Insentif RM 700 Yang Boleh Anda Dapatkan Secara Automatik

Tahukah anda, pada tahun 2022 terdapat pelbagai kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan. Pihak Kerajaan telah memperkenalkan pembagai jenis bantuan khususnya melibatkan bantuan berbentuk insentif kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pada zaman yang penuh pancaroba ini.

Salah satu program yang ada adalah melalui Skim MySalam. Ini adalah merupakan sebuah program inisiatif takaful perlindungan kesihatan yang diberikan secara percuma oleh pihak Kerajaan. Tujuaan utama skim bantuan ini ditubuhkan adalah memberi manfaat kepada individu yang berkelayakan terutama kepada golongan B40 dan bantuan ini diberikan tanpa perlu permohonan (Automatik).

Melalui program ini, objektif utama adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi mengatasi masalah melibatkan kewangan persediaan apabila mengalami masalah atau musibah seperti pelbagai jenis penyakit kronik dan kritikal pada tahun ini.

Kadar Insentif Bantuan

Kepada yang layak akan menerima bayaran bantuan skim Mysalam secara harian dalam tempoh 14 hari pada kadar sebanyak RM 40 sehari bersamaan RM 700 setahun. Tambahan, kepada penerima skim Mysalam bakal mendapatkan insentif sebanyak RM 8,000 yang akan dilaksanakan pada masa yang akan diumumkan kelak.

Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada individu yang berumur 18 sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Terbuka kepada individu yang berumur 40 sehingga 65 tahunyang mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah
  • Terbuka kepada individu golongan OKU yang berumur 18 sehingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan tahunan RM 24,000 dan kebawah.

Cara Menebus Mysalam

Anda boleh membuat semakan sebelum menebus insentif Mysalam ini. Di bawah telah disediakan panduan cara untuk membuat semakan dan tebus insentif bantuan Mysalam seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Mysalam – DI SINI
  2. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda – Tanpa tanda (-)
  3. Klik pada butang “Semak”
  4. Rujuk pada bahagian bawah, akan ada paparan yang menyatakan sama ada anda layak atau tidak menerima insentif
  5. Sekiranya anda layak, terdapat 2 kaedah untuk tebus, iaitu secara online yang mana anda boleh tebus di laman rasmi Mysalam seperti di atas atau secara manual, anda perlu pergi ke mana-mana kiosk Mysalam. Mengikut statistik ramai yang membuat tebus bantuan ini secara online kerana ia lebih mudah dan proses sangat cepat.

Jika anda mempunyai permasalahan semasa menebus atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Mysalam ini anda boleh terus menghubungi talian khas mysalam – 1 300 88 8938 atau secara e-mel di alamat [email protected].

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilancarkan oleh pihak Kerjaan terutama bantuan berbentuk tunai seperti BKM bagi membantu meringankan beban rakyat. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button