BANTUANi-Fitri

IFitri 2023 : Bantuan Sempena Aidilfitri Berjumlah RM300 Mula Dikreditkan Hari Ini

IFitri 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan tunai berjumlah RM300 yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada tahun ini. Untuk makluman, pemberian bantuan sempena menyambut aidilfitri ini akan mula dikreditkan pada hari ini.

BANTUAN IFITRI 2023

Program ifitri adalah sebuah bantuan yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan dalam bentuk kewangan secara sekali bayar. Tahun lalu bantuan ifitri ini diagihkan kepada keluarga miskin sebanyak RM400 dan RM250 kepada keluarga pendapatan bulanan RM5,000 kebawah.

Pada tahun ini, kadar bantuan ifitri diberikan kepada pemohon yang layak dengan jumlah RM300 secara one-off. Pembayaran mula dikreditkan pada 17 April 2023 (Isnin).

TARIKH PERMOHONAN

Untuk sedia maklum, permohonan bantuan khas ini dibuka bermula 19 Mac sehingga 31 Mac 2023 (telah ditutup).

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan ifitri 2023 ini akan mula disalurkan kepada pemohon yang layak dengan jumlah RM300 one-off bermula 17 April (hari ini).

Namun terdapat satu lagi inisiatif bantuan tunai yang masih dibuka permohonan sehingga 20 April ini iaitu bantuan i-fitri perantau. Pihak kerajaan negeri Terengganu masih membuka permohonan bagi mereka yang berkelayakan memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN I-FITRI PERANTAU

Berikut dikongsikan kriteria syarat kelayakan bagi permohonan bantuan khas perantau ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan rakyat Terengganu yang menetap di luar negeri Terengganu (Perantau)
  • Pemohon atau pasangan adalah merupakan pengundi berdaftar di Terengganu.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan (IC)
  • Sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan
  • Salinan penyata gaji / slip pencen terkini / surat akuan pendapatan bagi bekerja sendiri
  • Salinan bil utiliti (elektrik atau air)
  • Salian surat akuan permastautin.

PANDUAN PERMOHONAN

Bagi mereka yang menepati kelayakan bantuan i-fitri perantau ini, permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online). Sila layari laman rasmi iBantuan – DI SINI

Nota : Bantuan ifitri ini ditawarkan khas kepada rakyat Negeri Terengganu sempena menyambut raya aidilfitri tahun ini. Kepada mereka yang merupakan rakyat Terengganu dan berkelayakan, anda disarankan memohon bantuan ini bagi mendapat manfaat insentif khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada bulan ini terdapat pelbagai bantuan kewangan yang diberikan sempena aidilfitri tahun 2023. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button