KWSPPengeluaran Khas

Maklumat Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Pengeluaran Wang KWSP Yang Dibenarkan Pada Tahun Ini

Pada tahun ini memang tidak dinafikan ramai rakyat yang mengeluh dengan kenaikkan harga barang terutama barangan asas baru-baru ini dan menyebabkan ada golongan yang inginkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0 dilakukan. Namun begitu ia bukan hal yang mudah dan pihak KWSP perlu menyelidik dari pelbagai aspek penting.

Pada pertengahan tahun ini, sebuah petisyen sokongan pengeluaran khas KWSP 2.0 telah diwujudkan dan mengikut data, kini telah melepasi angka 100,000 orang yang telah menandatangani petisyen tersebut. Anda boleh semak petisyen sokongan tersebut – DI SINI

Sepertinya pengeluaran khas 2.0 tidak akan dilaksanakan pada tahun ini. Anda tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana anda mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Sebenarnya anda boleh membuat atau melakukan pengeluaran wang KWSP anda untuk tujuan peribadi seperti membina / ubah suai rumah, pendidikan, rawatan dan lain-lain.

PENGELUARAN KHAS KWSP UNTUK TUJUAN PERIBADI

Dibawah telah disediakan senarai jenis pengeluaran khas KWSP yang boleh anda lakukan untuk tujuan peribadi seperti berikut.

Pengeluaran Untuk Pembelian / Ubah suai Rumah

Untuk makluman, pihak KWSP telah memberikan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembinaan, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui Rumah Mesra Rakyat (RMR 2022). Untuk semakan cara permohonan boleh rujuk – DI SINI

Pengeluaran Untuk Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda secara automatik boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 bagi tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian alat kesihatan. Untuk semakan cara mohon pengeluaran sila semak – DI SINI

Pengeluaran Pendidikan

Pihak KWSP turut memberikan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda yang ingin melanjutkan pengajian di IPT sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kemudahan ini diberikan adalah bagi tujuan meringankan beban ahli kerana tidak perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti. Bagi semakan cara mohon – DI SINI

Pengeluaran Ibadah Haji

Bagi tujuan mengurangkan bebanan ahli yang ingin menunaikan ibadah Haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan kos haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji. Semakan – DI SINI

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KWSP yang boleh anda dapatkan, sila ke Portal Rasmi KWSP – SEMAK DISINI

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis pakej bantuan tealh disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button