BANTUANJKM

Skim Bantuan Khas RM 350 Untuk Keluarga Malaysia 2022

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih sinonim dengan nama JKM. Mengikut statistik data, ramai yang terlepas pandang berkenaan bantuan yang ada disediakan oleh pihak JKM.

Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) ditubuhkan bagi menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan. 5 faktor bidang utama iaitu Pemulihan, Pencegahan, Perlindungan Pembangunan dan Integrasi.

Melalui Program Bantuan pihak JKM, terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat. Salah satu bantuan adalah Skim Bantuan Am Persekutuan dan skim bantuan ini sangat bermakna untuk sesetengan golongan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Skim Bantuan Am Persekutuan

Program Bantuan ini adalah bagi untuk individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dari segi pendapatan bulanan semasa. Bantuan ini juaga bertujuan membantu meringankan beban serta keseimbangan dalam komuniti.

Kadar Bayaran

Melalui skim bantuan am persekutuan ini, bantuan akan diberikan kepada yang layak sebanyak RM 100 sebulan untuk setiap orang dan maksimum bayaran sebanyak RM 350 untuk sekeluarga.

Syarat Kelayakan 

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) seperti yang telah ditetapkan
  • Merupakan rakyat dan penduduk wilayah persekutuan
  • Merupakan keluarga miskin dan tidak termasuk dalam sebarang skim bantuan JKM bulanan yang lain
  • Sebarang permohonan kelayakan perlu diluluskan oleh pihak KPKM untuk layak dipertimbangkan

Cara Mohon

Sekiranyan anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh JKM, anda boleh membuat permohonan dengan cara pergi ke mana-mana cawangan atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran anda. Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan yang disediakan pihak JKM, anda boleh layari portal rasmi JKM – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat perbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button