BANTUANJKM

Senarai Bantuan JKM : Syarat Kelayakan & Panduan Permohonan

Senarai Bantuan JKM yang ditawarkan telah disediakan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Untuk makluman, pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh agensi dibawah kerajaan.

SENARAI BANTUAN JKM 2023

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarat atau lebih dikenali sebagai JKM adalah merupakan sebuah agensi yang menyediakan skim bantuan kebajikan kepada rakyat. Terdapat pelbagai jenis inisiatif yang ditawarkan mengikut kategori kelayakan.

Kadar bantuan disediakan adalah secara bulanan minimum dari RM100 sehingga maksimum RM1,000 sebulan bagi 1 keluarga. Di bawah dikongsikan senarai bantuan JKM tahun 2023 yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia sekiranya berkelayakan.

  1. Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500
  2. Bantuan Kanak-kanak (BKK) : RM150 – RM1,000
  3. Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 – RM500
  4. Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM150 – RM350
  5. Bantuan Am Neger : Kadar bantuan berdasarkan negeri yang dimohon
  6. Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200
  7. Bantuan Geran Pelancaran (GP) : RM2,700 sekaligus
  8. Bantuan BTB : RM300

Perlaksanaan bantuan-bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban kewangan golongan sasar yang memerlukan. Dengan adanya insentif bulanan ini dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN JKM

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan
  • Golongan memerlukan
  • Menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut bantuan yang ingin dimohon

Untuk makluman, perlaksanaan bantuan kebajikan tahun ini adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan negeri dengan persekutuan. Hal ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan perundangan.

PANDUAN PERMOHONAN SENARAI BANTUAN JKM

Kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan bulanan JKM boleh dikemukakan. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan, jangan lupa sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan B40 dan miskin. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button