Bantuan khas RM100 akan dikreditkan dalam Mykad setiap bulan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan. Untuk makluman, bermula Julai 2023 sehingga Disember 2023 pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan diberikan.
(SARA) BANTUAN KHAS RM100 SEBULAN
Kerajaan perpaduan Madani telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan pada sidang Belanjawan 2023. Bantuan khas ini ditawarkan kepada penerima sedia ada STR yang memerlukan, dan jumlah pemberian bantuan SARa adalah RM600.
Untuk makluman, terdapat 2 kaedah pembayaran yang akan dijalankan mengikut kawasan negeri penerima sumbangan asas rahmah ini.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN SARA
Bagi penerima berada di negeri-negeri semenanjung Malaysia, mereka akan dibayar secara setiap bulan bermula Julai sehingga Disember 2023. Kadar bantuan khas RM100 akan dikreditkan ke dalam MyKad secara automatik setiap bulan sehingga selesai.
Manakala bagi penerima berada di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula akan menerima bayaran bantuan SARa ini sekaligus berjumlah RM600. Bayaran akan dikreditkan pada bulan Ogos 2023.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Untuk maklumat bantuan SARa ini ditawarkan secara automatik tanpa perlu memohon dan syarat kelayakan adalah seperti di bawah :
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan semasa isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan
- Golongan miskin
CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM100
Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, semakan sama ada anda layak atau tidak menerima bantuan khas ini boleh dilakukan secara online. Untuk semakan status Sumbangan Asas Rahmah, sila layari laman rasmi SARa MyKasih – KLIK DISINI
Sekiranya anda berkelayakan, maklumat peribadi anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dan jika sebaliknya anda tidak layak.
Kepada penerima bantuan khas SARa ini, amaun bantuan tersebut boleh dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar terpilih seluruh negara.
INFO LANJUT
Terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini untuk meringankan beban kewangan rakyat B40. Sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.