BANTUANFasa 2STR

STR Fasa 2 : Semakan Kategori Penerima

STR fasa 2 adalah merupakan inisiatif bantuan tunai berikutnya selepas pembayaran fasa 1 selesai yang bermula pada 17 Januari 2023. Untuk sedia maklum, Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini.

MAKLUMAT PENTING STR

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan rasmi bahawa pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) ini akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Bermula 17 Januari 2023 pembayaran STR fasa 1 mula diagihkan secara berperingkat. Kaedah pembayaran dijalankan secara kredit terus ke akaun penerima dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada akaun bank.

STR fasa 1 melibatkan 3 kategori penerima iaitu bujang, warga emas bujang dan isi rumah (keluarga). Kadar bayaran adalah sebanyak RM100 bagi kategori bujang dan warga emas bujang. Manakala bagi kategori isi rumah pula sebanyak RM300.

Untuk makluman, bantuan STR adalah berdasarkan BKM 2022. Bermaksud data penerima STR diambil daripada BKM, penerima bantuan keluarga Malaysia automatik akan dapat manfaat dari pemberian STR 2023.

STR FASA 2

Untuk sedia maklum, pembayaran STR fasa 2 akan diberikan setelah selesai bayaran fasa 1. Yang pasti kategori yang akan terima bayaran adalah isi rumah, bagi kategori lain akan dikemaskini selepas maklumat rasmi diumumkan oleh pihak kerajaan.

Bagi kadar bayaran fasa 2 pula, masih belum ada pengumuman rasmi dibuat kerajaan. Dijangkakan ada perbezaan jumlah bayaran yang akan diterima pada fasa 2 nanti.

SEMAKAN STATUS KEMASKINI STR 2023

Bermula 17 Januari, pihak kerajaan telah membuka sebuah portal rasmi untuk semakan dan kemaskini maklumat STR 2023. Bagi anda yang ingin membuat semakan status dan kemaskini jika mempunyai sebarang perubahan, sila layari pautan rasmi MySTR – DI SINI

Jika anda gagal log masuk (terlupa kata laluan) percubaan diberikan sebanyak 3 kali. ID MySTR akan disekat dan anda boleh mencuba dalam tempoh 24 berikutnya. Sekiranya anda permasalahan, sila hubungi talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan untuk pelbagai kategori. Jika ada terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button