BANTUANFasa 2STR

Semakan Status Fasa Kedua STR Mulai 5 April

Semakan status fasa kedua pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mengetahui status pembayaran masuk ke dalam akaun penerima. Untuk makluman umum, pihak kerajaan telah mengumumkan secara rasmi pembayaran fasa kedua STR akan mula diberikan pada 5 April 2023.

SEMAKAN STATUS FASA KEDUA STR

Kepada penerima sedia ada, pembayaran fasa kedua STR ini akan melibatkan semua kategori iaitu Bujang, warga emas dan isi rumah (keluarga). Selaku Menteri kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pembayaran fasa kedua STR melibatkan peruntukan berjumlah RM1,26 bilion yang akan diagihkan secara berperingkat.

Kadar bayaran bagi fasa 2 akan diberikan dengan jumlah sebanyak RM200 untuk kategori isi rumah dan RM100 kepada warga emas dan bujang. Kaedah pemberian inisiatif berbentuk bantuan ini akan disalurkan secara kredit terus ke dalam akaun dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Untuk yang masih tidak tahu, pembayaran bantuan STR tahun ini diberikan dengan jumlah bayaran bantuan berbeza mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH

  • RM1,000 – RM2,500 – bergantung bilangan tanggungan anak (pendapatan bulanan RM2,500 kebawah)
  • RM500 – RM1,250 – bergantung bilangan tanggungan anak (pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000)
  • RM600 (bantuan tambahan) – Berbentuk bakul makanan asas untuk isi rumah miskin tegar

WARGA EMAS SEBATANG KARA

  • RM600

BUJANG

  • RM350

Nota : Diatas adalah jumlah keseluruhan yang akan diberikan kepada penerima STR sedia ada secara berperingkat mengikut fasa.

JADUAL BAYARAN STR 2023

Di bawah telah disediakan jadual pembayaran STR mengikut fasa pada tahun ini seperti berikut :

  • Fasa 1 : Pembayaran bermula pada 17 Januari 2023 diagihkan secara berperingkat
  • Fasa 2 : Pembayaran bermula 5 April 2023 diagihkan secara berperingkat
  • Fasa 3 : Pembayaran bermula Julai 2023 (tarikh rasmi akan dikemaskini)
  • Fasa 4 : Pembayaran bermula November 2023 (tarikh rasmi akan dikemaskini)

SEMAKAN STATUS STR

Kini portal rasmi semakan status maklumat STR dibuka untuk mengetahui pembayaran fasa kedua. Sila layari laman rasmi MySTR –DI SINI

INFO LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan layak adan mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button