BANTUANi-Fitri

Bantuan I-Fitri Perantau RM400 ~ Permohonan Dibuka Sehingga 15 April

Bantuan i-fitri perantau berjumlah sehingga RM400 adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang masih dilancarkan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri untuk meringankan beban rakyat.

BANTUAN I-FITRI PERANTAU 2023

Inisiatif khas ini pada dasarnya merupakan sebuah bantuan tunai yang telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini oleh kerajaan negeri. Atas dasar keprihatinan untuk meringankan beban rakyat dalam persediaan menyambut perayaan, bantuan ini masih dilaksanakan pada tahun ini.

Kadar jumlah bayaran bantuan i-fitri perantau yang ditawarkan adalah sebanyak RM250 sehingga RM400 berdasarkan tahun lalu. Kadar bantuan akan ditentukan mengikut kategori kelayakan permohonan yang layak.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan i-fitri perantau tahun ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500
  • Pemohon merupakan rakyat negeri Terengganu dan menetap di luar negeri (perantau)
  • Merupakan pengundi berdaftar di Terengganu (KIR atau pasangan)
  • Individu yang ingin mohon perlu mengisi terlebih dahulu maklumat peribadi dan keluarga di dalam Sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
  • Kepada penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun bulanan secara tetap tidak layak mohon
  • Kepada peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM2,500

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan bantuan i-fitri perantau ini dibuka bermula 1 April sehingga 15 April 2023. Untuk yang berminat membuat permohonan sila rujuk di bawah.

PANDUAN PERMOHONAN 

Untuk sedia maklum, permohonan bantuan i-fitri ini boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui laman rasmi iBantuan – DI SINI

Segala panduan permohonan dan butiran yang diperlukan telah disediakan di laman rasmi tersebut. Bagi memudahkan proses semakan permohonan, sila sertakan dokumen-dokumen penting seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan
  • Salinan penyata gaji atau slip pencen terbaru atau surat akaun pendapatan bagi bekerja sendiri
  • Salinan bil utiliti (bil air atau elektrik)

Nota : Untuk makluman, bantuan khas ini dibuka hanya untuk rakyat negeri Terengganu sahaja. Kepada yang berkelayakan disarankan membuat permohonan bagi menerima manfaat dari inisiatif ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain dari bantuan negeri terengganu ini terdapat lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri lain. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button