BANTUANBaucarSAVE

Bantuan : Baucar Percuma RM 400 Dibuka Sepanjang Tahun 2022

Bagi sedia maklum pada tahun 2022, sekiranya anda sedang mencari barangan berbentuk peralatan elektrik. Secara tidak langsung anda boleh tebus baucar percuma sehingga RM 400 melalui skim SAVE 3.0 atau nama penuh sebagai program Sustainability Achieved Efficiency yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini.

Skim Baucar SAVE 3.0

Untuk makluman umum, program skim bauncar percuma ini membolehkan warga Malaysia menebus atau claim sehingga RM 400 baucar diskaun bagi setiap pembelian barangan elektrik berlebel cekap tenaga. Program erebat ini diberikan kepada golongan dan individu yang ingin membeli barang elektrik cekap tenaga yang sudah menjalani ujian prestasi bagi peralatan elektrik dan telah mendapatkan kelulusan pengiktirafan yang mempunyai label cekap tenaga empat dan lima bintang dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Syarat Kelayakan 

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan SAVE 3.0 tahun ini seperti berikut :

  • >Bagi penerima erebat semasa program SAVE sebelum ini iaitu save 1 dan 2, tidak layak untuk mendapatkan baucar percuma di kategori 1 SAVE 3.0
  • >Bantuan baucar percuma ini diberikan kepada Warganegara Malaysia yang sah sahaja, individu dan Keluarga Malaysia
  • >Untuk kota skim bantuan baucar percuma ini terhad untuk 1 akaun sahaja bagi pembelian tahun 2022 berdasarkan ‘First Come First Serve’
  • >Setiap pembelian boleh dibuat secara fizikal di mana-mana kedai elektrik dan pasaraya besar yang berdaftar
  • >Penebusan ini boleh dibuat secara online (Atas talian) di platform e-dagang pilihan anda seperti Shoope, Lazada dan PG Mall.

Kadar Bantuan Baucar Percuma

Untuk pengetahuan, bantuan ini diberikan kepada setiap isi rumah yang layak sehingga maksimum RM 400 erebat. Bagi kategori 1 RM 200 dan kategori 2 RM 50 – RM 200. Maklumat tambahan, baucar percuma ini hanya boleh ditebus dan digunakan atas pembelian barangan elektrik berlabel kecekapan tenaga 5 dan 4 bintang sahaja.

Panduan Tebus Baucar Percuma

Jika anda berkelayakan dan ingin claim baucar percuma erebat ini, boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu layari laman  platform e-dagang pilihan anda seperti dibawah :

  • Claim baucar percuma sehingga RM 400 di Lazada – DI SINI
  • Claim baucar percuma sehingga RM 400 di Shoope – DI SINI
  • Claim baucar percuma sehingga RM 400 di PG Mall

Tarikh Tutup Tebus Baucar Percuma

Untuk makluman, program baucar percuma SAVE 3.0 RM 400 ini dibuka sepanjang tahun 2022. Bermula 1 Januari 2022 sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2022. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih maklumat berkenaan program baucar percuma SAVE ini boleh layari portal rasmi SEDA – https://www.seda.gov.my/saveprogram/

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button