BANTUANMobilepreneurMotorsikalTEKUN

Bantuan Pembiayaan Beli Motor : Ditawarkan Sehingga RM10,000

Bantuan pembiayaan beli motor adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah disediakan pada tahun ini untuk manfaat rakyat. Untuk makluman, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM10,000.

BANTUAN PEMBIAYAAN BELI MOTORSIKAL

Atas dasar keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu meringankan beban golongan sasar yang terjejas, pelbagai jenis bantuan telah disediakan. Salah satunya adalah bantuan pembiayaan beli motorsikal.

Program khas ini dikendalikan sepenuhnya oleh agensi bawah kerajaan iaitu TEKUN Nasional. Mereka yang ingin membaiki atau membeli motorsikal baru boleh memohon pembiayaan istimewa ini.

TEKUN Nasional telah memperkenalkan program Tekun Mobileprenuer 4.0 dimana golongan yang memerlukan boleh memohon bantuan pembiayaan sehingga maksimum RM10,000 secara one-off.

Pada dasarnya skim khas ini adalah merupakan pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran. Yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal yang merangkumi tujuan seperti di bawah :

  1. Pembelian motorsikal baru
  2. Baik pulih motorsikal sedia ada
  3. Modal pusingan

KADAR BANTUAN PEMBIAYAAN BELI MOTOR

Untuk sedia maklum, pihak TEKUN Nasional telah menetapkan kadar pembiayaan yang ditawarkan. Jumlah bantuan yang boleh dimohon adalah minimum RM1,000 sehingga maksimum RM10,000.

KELAYAKAN BANTUAN PEMBIAYAAN

Dibawah telah disediakan senarai syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan pembiayaan melalui Tekun Mobileprenuer 4.0 seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia (Bumiputera/ India)
  • Mempunyai lesen memandu sah B1/ B2 yang masih aktif
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Mempunyai pelantikan yang sah dari mana-mana syarikat e-hailing berdaftar
  • Individu /pemohon bukan seorang muflis
  • Mempunyai motorsikal sendiri (Bagi kategori baik pulih dan modal pusingan)
  • Kemukakan dokumen asal sebut harga dari pembekal yang sah (Bagi kategori membeli motorsikal)
  • Setiap pemohon perlu mematuhi garis panduan dan terma syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)

PANDUAN CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang berkelayakan atau mempunyai ahli keluarga yang layak, permohonan boleh dilakukan pada tahun 2023. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi TEKUN Mobileprenuer 4.0 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan pada tahun ini telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button