BakulBANTUANSTRSTR Tambahan

Bantuan Bakul Makanan Berjumlah RM600 Ditawarkan Untuk Keluarga Malaysia

Bantuan bakul makanan berjumlah RM600 adalah merupakan inisiatif tambahan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023. Untuk makluman, kerajaan perpaduan dengan tema Malaysia MADANI akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial.

Dengan disamping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tata kelola baik pada tahun ini. Pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan yang lebih memfokuskan membantu golongan sasar yang terdiri daripada kumpulan B40 dan keluarga miskin tegar.

BANTUAN BAKUL MAKANAN

Untuk sedia maklum, melalui program pemberian Bantuan Tunai Rahmah (STR) pihak kerajaan telah melancarkan satu lagi bantuan tambahan bernilai RM600 yang ditawarkan kepada isi rumah. Bantuan tambahan ini bukan dalam bentuk tunai tetapi ia diberikan dalam bentuk bantuan bakul makanan dan baucar makanan asas.

Kepada kategori berkeluarga (isi rumah) yang tergolongan dalam keluarga miskin melalui data ekasih, mereka layak mendapatkan bantuan tambahan RM600 ini. Jumlah maksimum yang diberikan kepada isi rumah miskin tegar dalam program STR adalah sebanyak RM3,100.

TARIKH BAYARAN FASA KEDUA

Bagi yang belum mengetahui, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan tunai rahmah fasa kedua akan mula dikreditkan pada 5 April 2023. Pembayaran akan dijalanan secara berperingkat melalui kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

PANDUAN SEMAKAN E-KASIH

Dibawah telah disediakan panduan cara untuk membuat semakan sama ada anda layak menerima bantuan tambahan STR ini seperti berikut :

  • Langkah pertama sila layari laman rasmi e-Kasih – DI SINI
  • Kemudian anda perlu masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang telah disediakan
  • Tekan butang ‘klik untuk carian’
  • Kepada isi rumah yang tersenarai dibawah data maklumat e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, KIR, status pendaftaran, negeri serta daerah.

Nota : Sekiranya maklumat anda dipaparkan bermakna anda layak mendapatkan tawaran bantuan bakul makanan RM600. Sekiranya tiada maklumat peribadi dipaparkan bermaksud anda bukan kategori penerima bantuan tambahan STR ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini selain daripada bantuan tambahan STR, kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif pada pembentangan Belanjawan 2023. Bantuan-bantuan ini ditawarkan khusus untuk golongan B40 dan miskin.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button